Dalam hidup ini, siapalah yang tak nak bahagia kan. Lebih-lebih lagi bahagia bersama insan-insan yang kita sayangi. Nampaknya penyanyi bersuara seksi Lana Del Ray khabarnya sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Barrie-James O’Neill sekitar bulan Jun lalu.

Tapi kesahihah cerita nie masih belum dapat dipastikan  lagi, sebab kedua-duanya masih belum membuat pengakuan rasmi. Tapi ada sumber menyatakan Barrie sudah melamar Lana, tanggal 21 Jun lalu sempena hari ulangtahunnya yang ke- 27 tahun. Di jari Lana juga sudah melingkar cincin berlian yang dikatakan sebagai cincin pertunangan tersebut.