Mood nak menulis! Mood nak menulis datang lagi... tapi cerita  tentang kehidupan! Tentang ragam-ragam manusia... tapi yang muncul di fikiran saat ini ialah tentang lelaki! Ya... lelaki! Lelaki yang selalu dilabel oleh wanita-wanita yang terluka dan kecewa sebagai “LELAKI TAK GUNA”!

Bercakap tentang “LELAKI TAK GUNA” nie,  memang sakit hati! Sebab... bagi aku, mencintai bukan untuk disakiti!  Jadi, sebelum betul-betul confirm nak pilih si dia tu sebagai ‘buah hati’ eloklah kita berhati-hati. Jangan cepat sangat nak percaya... atau termakan kata-kata dengan lelaki!
Paling mudah nak traced sama ada lelaki itu ok ke tak, teliti apabila dia sedang marah atau naik ‘hangin’! Perhatikan emosinya!

Marah boleh, tapi kalau dah sanggup bercakap kasar atau mengeluarkan kata-kata yang kesat dengan kita. Memang bahayalah... kadang-kadang percakapan kasar tu boleh membawa pada perlakuan yang kasar pula. Tak mustahil !

Nie yang paling aku takuti! Lelaki yang cepat naik tangan. Sekalipun si dia yang kita minati itu adalah  ahli tinju atau ahli gusti... hahhaha.. tak bermakna kita boleh dijadikan bahan uji kajinya untuk beradu kekuatan. Memang tak masuk akal kan... Kalau sayang dan cintakan kita, mestilah jaga kita dengan baik-baik. Bukannya nak kena ‘tibai’ macam tu!


Susah woooo.... kalau dapat boyfriend yang jenis kaki pendendam. Relaks la bro... nobody’s perfect ok! Sesiapa pun pernah buat salah atau silap. Memang susah kalau punya sikap saling berdendam serta mahu membalas nie. Lebih-lebih lagi kalau kita buat silap tanpa disengajakan pun dia mahu membalasnya dengan perlakuan yang sama. Issshhh... teruknya kan...! Lelaki macam nie juga selalu merasakan dirinya sahaja yang betul. Buat sakit hati jer kan kalau kita terus berdebat dengannya. Sia-sia jer sebab hujung-hujungnya nanti kita juga yang kena!


Apa pun dalam memilih teman hidup, pilihan ada di tangan kita. Sama ada mahu terus bertahan melayan perangai-perangainya yang kadangkala amat menyakitkan hati tu atau pun mengakhirinya.