Mengakhiri sebuah hubungan memang bukanlah perkara yang mudah, apatah lagi jika di hati masih ada perasaan sayang. Hubungan cinta yang mulus harus dilandasi oleh komunikasi dua arah. Barulah best kan...  Jika masing-masing sudah tidak sepakat, ini bahaya!
Agar sama-sama tidak terus terluka, ada baiknya mencari jalan penyelesaian dan inilah keputusan terbaik yang diambil oleh Marc Anthony, bekas suami JLO ini. Khabarnya, Marc yang kini berusia 45 tahun, kembali solo setelah putus cinta dengan kekasihnya Chloe Green. Cinta yang dibina selama setahun itu gagal untuk dipertahankan lagi.

Keduanya sepakat untuk mengakhiri perhubungan mereka kerana masing-masing terlalu sibuk.Anthony dan Chloe bertemu buat pertama kalinya di majlis pembukaan sebuah butik di Los Angeles, Februari 2013. Mereka kemudianya menghabiskan waktu di Disneyland, California, bersama Max dan Emme, anak kembar Marc hasil perkahwinannya dengan JLO.

Walaupun Marc sudah berpisah dengan JLO sejak Julai 2011, namun proses penceraian mereka itu masih belum selesai sehingga kini. Mak aiii... lamanya kan.