Berpisah itu mudah, tetapi untuk melupakan adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Apatah lagi jika kita sama-sama mempunyai banyak kenangan manis yang pernah dilalui bersama. Cuma, kita tak perlulah nak terus menangisi apa yang bukan lagi menjadi miliki kita. Sebab, kita kena hidup dalam realiti hari ini, bukan di masa lalu!

Nampaknya, Miley Cyrus ini jujur orangnya. Walaupun hubungan cinta di antara dia dan Liam Hemsworth sudah lama berakhir, dan Miley sendiri sudah lupa di mana dia meletakkan cincin pertunangan mereka dahulu,  namun dia masih berkomunikasi dengan aktor tampan itu.

Menurut artikel tersebut, Miley sudah bersama Liam sejak berumur 16 tahun dan tidak ada yang boleh menghapuskan fakta tersebut. Mereka telah dipertemukan di lokasi penggambaran filem "The Last Song", 2010, dan bercinta tidak lama kemudian. Mereka kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Mei 2012 dan mengakhiri hubungan tersebut  pada September 2013.


Biarpun gagal mempertahankan hubungan tersebut, namun Miley gembira kerana dia masih mampu untuk tersenyum dan khabarnya keduanya saling mencintai. Bagi Miley, hidup ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan. Jika kita mencintai seseorang, kita harus menyatakan kepadanya. Jika kita hanya mahu berkawan, jadi berkawan sahajalah dengannya!