Bagi aku, baik rokok ker... ganja ker... ia tetap berbahaya untuk kesihatan dan kehidupan manusia. Kadang-kadang sebab rokok, boleh jadi gaduh! Hahha... lebih-lebih lagi aku memang jenis yang anti rokok! Itu baru rokok, kalau ganja apatah lagi. Pangkah terus! Minta dijauh kan lah....

Hurmm... khabarnya penyanyi Miley Cyrus yang kini sedang sibuk membuat persediaan bagi tour konsert Bangerz nie mengakui bahawa dia telah berhenti dari kebiasaan buruknya iaitu merokok.  Kenyataan itu telah Miley buktikan menerusi akaun Twitternya baru-baru ini..

"2 bulan tanpa rokok #BanggaDenganDiriSaya,"ujar Miley pada akaun Twitternya.

Itu merupakan langkah awal Miley untuk menuju hidup sihat. Sungguhpun Miley bersedia untuk berhenti merokok, namun dia belummampu untuk meninggalkan kebiasaannya untuk menghisap ganja.


Laaa pulak! Macam tu eh. Jujur betul lah Miley nie... Kisah Miley menghisap ganja di pentas MTV Europe Music Award di Amsterdam pada 2013 lalu pernah kecoh dan tak sangka jugalah Miley masih belum dapat meninggalkan tabiat buruknya ini.