Entah kenapa aku tak pernah minat dengan pelakon Nicolas Cage, yang kini sudah berusia 50 tahun. Kalau aku ingat-ingat balik, rasanya baru tahun nie aku mula boleh terima dengan rela hati untuk menyaksikan filem-filem lakonannya. Kebetulan pula Astro banyak plak menyiarkan filem-filem lakonannya. Paling hebat Ghost Rider, yang tak penat-penat diulang tayang! Hehhe...heheh...   Bukan dia tak bagus, rupanya pun tak der ler teruk sangat... tapi ntahlah... (kalau dah tak minat tu...tetap tak minat kan!) Huhuuhu...

Melalui satu artikel yang aku baca nie, si Cage nie khabarnya tidak pernah menyesali setiap watak yang pernah dilakonkan selama ini. Cuma, kini dia sedang berusaha untuk kembali mencari jati dirinya.

Dia mahu meluangkan waktu selama setahun untuk menilai kembali watak-watak yang pernah dipegang. Dia mahu kembali kepada semangat asalnya dahulu. Dia mahu menggunakan pengalaman hidupnya, kenangan serta emosinya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti.

Wah! Bersemangat betul Cage nie, dan kita tunggu sahajalah filem terbarunya nanti. Mesti best dan penuh action kan...