Cerita terbaru tentang teman sepejabat yang diserang kanser payudara dalam diam-diam, tiba-tiba sahaja buat aku rasa takut. Takutnya lain macam.  Apatah lagi setelah membaca sebuah artikel berkaitan pembunuh dalam senyap ini.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh The International Agency for Research on Cancer di Amerika, wanita yang kerap bekerja pada malam hari atau suka berjaga malam, lebih mudah terkena kanser payudara. Ini adalah kerana produksi hormon ‘melatonin’ yang terganggu.
Hormon ini berfungsi mengatur pola tidur tubuh dan produksinya menjadi lebih rendah jika terdedah pada cahaya.  Jadi, jika pada malam hari tubuh kita masih terkena cahaya, bermakna risiko kanser payudara menjadi lebih tinggi.

Alamak, takutnya! Dulu, aku nie memang seorang yang gigih dan ketagih kerja. Disebabkan terlebih komited sangat, pernahlah tak tidur sampai 24 jam!  Tapi, sekarang... dah sedar diri sikit dan aku mula untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin.
 Perkara pertama yang akan aku lakukan, banyakan berehat serta melakukan meditasi. Ia boleh menjauhkan kita daripada risiko kanser payudara. Relaks dan bertenang juga boleh menyeimbangkan hormon yang ada di tubuh kita. Jadi, jumlah hormon ‘esterogen’ kita pun terjaga.

Selain itu,  kita juga harus kurangkan pengambilan daging sebab jika diambil terlalu banyak ia boleh mengundang kanser payudara. Di tubuh kita ada enzim ‘pankreatin’ yang ditugaskan menghadamkan protein dan membunuh sel-sel kanser. Jika kita terlalu banyak mengambil protein, enzim tersebut akan jadi lebih sibuk mengolah protein berbanding membunuh sel-sel kanser tersebut. Hurmm.. macam tu!! So, mulai hari ini jom sama-sama kurangkan pengambilan daging dan kita pilih makanan-makanan yang boleh mencegah kita daripada kanser tersebut.

Makanan Mencegah Kanser (aku pun baru tahu...b4 ni tau macam-macam tu je tapi tak pernah peduli. Huhuuhu.... J)
·         * Kacang Walnut
·        *  Brokoli
·         * Sayuran berwarna merah, hijau, kuning dan oren (pilih sayuran yang mengandungi kadar ‘karotin’ tinggi’) . Contoh, sayur bayam, bayam, carrot.
·       *   Kubis (lebih bagus jika dibuat ulam atau salad)
·         Vitamin D (susu,bijirin, tuna, udang dan salmon.)
·       *   Bawang Putih – Bawang Merah – Bawang Bombay- Daun Seledri.
·         * Green Tea – Ia mengandungi anti oksida ‘catechin’ yang boleh membebaskan radikal berbahaya yang menyebabkan kanser di dalam tubuh. Jadi, ada baiknya kita mengambil secawan green tea setiap hari. Ok, harus berubah! Lupakan minuman yang manis-manis... milo tarik.. teh tarik... nescaffe tarikJ