Wowww! Woww! Hebat! Hebat! Siapa sangka semua ini boleh terjadi kan... dengan hanya dalam masa lima minit ke semua tiket konsert Lady Gaga’s UK Tour habis terjual! Padahal konsert tersebut bakal berlangsung pada bulan Oktober yang akan datang.

Memang rezeki si Gaga nie lah. Eloklah pun ... harap-harap selepas mendapat berita gembira ini dia tak depresi lagi. Keyakinan Gaga pasti kembali pulih setelah mengetahui masih ramai fans yang setia menyokongnya. Pada akhir tahun 2013 yang lalu, Gaga mengakui dia telah mengalami depresi yang terlampau dan merasakan kariernya dalam bidang seni ini sudah berakhir.

Gaga akan membuat persembahan di Birmingham, Glasgow, Manchester dan dua kali di London. Ticket Master ,selaku penjual tiket rasmi itu sendiri terkejut dengan sambutan tersebut dan meminta maaf kepada fans Gaga yang tidak sempat mendapatkan tiket tersebut. 
Pergghh! Gila kan!! Laris macam goreng pisang panas!