Lain orang, lain harapan dan cita-citanya. Begitu juga dengan soal impian seandainya kematian datang menjemput! Bagi pelakon popular “Harry Potter’ ini, mengaku bahawa dia ingin mati di lokasi penggambaran. Itu harapannya melalui artikel yang aku baca tu. 

Khabarnya, tiada tempat lain yang terlintas di fikirannya selain berada di lokasi penggambaran dan dia menyenangi kehidupannya itu. Sungguh pun begitu, ini tidak bermakna dia ingin mati dalam waktu terdekat di lokasi penggambaran. Cuma, bagi Daniel, lokasi penggambaran adalah tempat yang paling selesa dan cukup familiar buat dirinya. Jika ditakdirkan dia mati, dia mahu mati di situ! 

Pelakon berusia 23 ini dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun lebih dengan Erin Darke, pasangan pelakonnya dalam filem ‘Kill Your Darlings”. Namun, Daniel masih belum ‘membuka mulut’ berkenaan cerita ini. 

Apa-apa ok, kita tunggu sahaja perkembangan selanjutnya berkaitan hubungan cinta mereka.