Minum jus carrot yang dibuat sendiri tanpa bahan-bahan campuran ataupun pewarna, ternyata mampu merawat kesihatan mata. Kandungan pro vitamin A yang terdapat pada jus ini dikatakan sangat berkhasiat, sekaligus dapat membantu mengatasi masalah mata seperti rabun dan juga katarak.
Sebenarnya Sis memang ada masalah dengan indera penglihatan nie. Rabun jauh dan dalam waktu yang sama ada juga rabun dekat. Walaupun tak seserius mana, ia tetap menjadi masalah besar. Lebih-lebih lagi Sis memang jenis yang tak suka nak pakai spek mata atau pun contact lens.
Jadi, jangan hairanlah kalau dari jauh ada yang melambai-lambai… cuba menegur… tapi Sis buat ‘deek’ jer. Bukan sombong, tapi tak tak nampak… tak perasan siapa… Huhuhu…. Maafkan saya! Hahhaa…hahha….
Cuma, Sis bersyukur tahap penglihatan Sis masih maintain, powernya tak lebih. Sebaliknya adalah berkurangan sedikit selepas Sis mengamalkan tips yang disarankan oleh seorang kawan yang kebetulan mengalami masalah penglihatan disebabkan suka sangat menggunakan kanta lekap ataupun contact lens.
Cuma, Sis bersyukur tahap penglihatan Sis masih maintain, powernya tak lebih. Sebaliknya adalah berkurangan sedikit selepas Sis mengamalkan tips yang disarankan oleh seorang kawan yang kebetulan mengalami masalah penglihatan disebabkan suka sangat menggunakan kanta lekap ataupun contact lens.
Dia yang hampir rabun tahap gaban telah disarankan oleh pakar mata supaya minum atau makan carrot atau lobak merah (mentah-mentah) ini pada setiap hari. Itulah yang dia lakukan selama hampir dua tahun dan sehingga kini (walaupun sekarang sekali-sekala je gamaknya..huhuhuh- dah elok, jadi malaslah tu!)
Cuma, efeknya akan memakan masa lah… tak bolehlah baru seminggu dipraktik, tak nampak hasil terus stop. Tak nak makan atau minum lagi.... rasa menda nie tak betul. Pengambilan ini mesti dilakukan secara berterusan… macam Sis, tiga bulan selepas itu baru nampaklah sedikit kesannya.
Cuma, lately nie selalu macam ter 'miss' jer. Tapi... tapi... kalo order minuman, kalo tak chinese tea, sure Sis akan order jus carrot. Tapi O ok, tanpa susu! Sis sebenarnya tak suka susu!!!!!! Hehehe...heheh..Berkat makan carrot mentah-mentah dan minum jus tersebut, syukur alhamdulillah. Ada kebaikannya, kalau tak, tak de lah sekarang nie Sis boleh drive tak pakai spek mata atau contact lens (kecuali kalo hujan atau malam yang silau... memang kena pakai spek lorr)
Okaylah… nak share Kebaikan Jus Carrot. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Carrot Juice atau Jus Carrot merupakan salah satu jus yang banyak khasiat untuk kesihatan tubuh kita. Jus ini kaya dengan vitamin dan mineral yang bagus kita ambil pada setiap hari agar tubuh jadi lebih sihat dan segar.
BERIKUT ANTARA KEBAIKAN KALAU KITA SUKA MINUM JUS CARROT:
* Mengawal Gula Dalam Darah
Selain rasanya yang segar dan nikmat, minum jus carrot setiap hari juga bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah di tubuh kita. Kandungan karotenoid yang tinggi inilah yang berperanan aktif untuk mengawal keseimbangan kadar gula di dalam tubuh kita.
* Menyihatkan Kulit
Ia juga kaya dengan antioksida yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan semulajadi, serta mengandungi vitamin A dan C bagi melindungi kulit daripada masalah iritasi, noda hitam sehingga kulit kelihatan lebih bersinar dan sihat.
* Memperkuatkan Sistem Ketahanan Tubuh
Jika diminum pada setiap hari, ia berguna untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh. Tambahan pula jus ini kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksida serta nutrisi yang berguna untuk melindungi sistem ketahanan tubuh, sehingga tubuh akan jadi lebih sihat dan jauh dari sebarang penyakit.
* Menyihatkan Sistem Penghadaman
Minum jus ini setiap hari juga dapat membantu sistem penghadaman kita menjadi lebih sihat. Lagipun, jus carrot ini mengandungi serat yang sangat bagus dihadamkan oleh sistem penghadaman kita.
* Meningkatkan Penglihatan
Disebabkan carrot ini kaya dengan vitamin A, ia sangat berkhasiat untuk meningkatkan penglihatan mata kita. Jika kita mempunyai masalah pada indera penglihatan, ia adalah pilihan terbaik.
Jadi, jom minum jus carrot pada setiap hari!
Sekian perkongsian info untuk kali ini. Jangan lupa amalkan ya. Moga-moga mata kita jadi lebih sihat dan cantik bersinar.
Jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit foto: Google
3 Comments
Allhamdulillah, kalau kita rajin amalkan dan serasi pula serta dikuatkan lagi dengan izin Allah memang berkesan kan...
ReplyDeleteTerima kasih, info kesihatan yg sangat berguna.
ReplyDeleteSama sama..
Delete