Siapakah Peaches Geldof? Actually, aku pun tak pernah kenal dia sampailah berita tergempar tentang kematiannya ini 'meletop'. Kematiannya pada Selasa lalu telah mengejutkan ramai pihak. Model berusia 25 tahun ini memang seorang yang multitalent. 
Selain menjadi model, rupa-rupanya dia juga bergelar pengacara TV, penulis dan DJ. Bahkan sebulan sebelum kematiannya Peaches pernah menjalani temubual untuk majalah Mother & Baby dan ia merupakan temubual terakhirnya.
Dalam temubual tersebut, Peaches turut menyatakan betapa dia amat menyayangi kedua anak lelakinya yang masih kecil, Astala dan Phaedra. Kasih sayangnya juga jelas tergambar kerana dia sering memuat naik foto dan video Astala dan Phaedra dalam akuan instagramnya.
Dalam usia yang masih muda, anak kedua daripada penyanyi Bob Geldof ini telah ditemui meninggal dunia di kediamannya Wrotham, Kent.  Punca kematian Peaches masih belum diketahui. Kematian Peaches ini turut membuatkan ayahnya, Bob terlalu sedih dan masih belum dapat menerima kehilangan abadi anak perempuan kesayangannya itu.