Kematian itu sesuatu yang pasti! Tak kiralah manusia ataupun binatang. Semua mahkluk Tuhan di muka bumi ini akan mati. Cepat atau lambat, setiap daripada kita akhirnya perlu menghadapi kenyataan akan kehilangan apa sahaja yang disayangi dalam hidup. Tapi mampukah kita melewati semua ini? Entahlah…
Tengok sahajalah si Miley Cyrus nie. Sanggup membatalkan konsertnya, “Bangerz’ di Charlotte, North Carolina yang berlangsung pada 7 Mac lalu, 30 minit sebelum ia bermula. Ternyata dia tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan sedihnya akibat kematian Floyd, anjing kesayangannya. Miley membiarkan diri mengekpresikan emosi sedihnya sehingga dia jatuh sakit dan tidak mampu untuk menunaikan janjinya buat para fansnya.
Biarpun sudah memiliki anjing baru bernama Moonie, namun emosi Miley masih tidak menentu. Bahkan melalui artikel tersebut, Miley merasakan dirinya hanya mahu tidur tetapi tidak mampu. Sebaliknya hanya menitiskan airmata. Dia juga tidak sanggup untuk pulang ke rumahnya. Hurmm…. sampai macam tu sekali kan…. Sahlah Miley benar-benar sayangkan anjingnya itu.
Berbalik dengan cerita pembatalan konsertnya itu, ramai fans Miley yang marah dan  kecewa. Apatah lagi, ada yang datang dari jauh. Konsert tersebut juga tidak akan ditunda tarikh dan wang pembelian tiket tersebut akan segera dipulangkan. Jadi, mahu tak mahu semua fans Miley kenalah terima.