Resepi Lala


SESIAPA YANG SUKA MAKAN SEAFOOD, PASTI SUKA MAKAN LALA! JADI, KALI INI SIS KONGSIKAN RESEPI LALA MASAK PEDAS, MASAM MANIS YANG TIDAK KURANG HEBAT KEENAKKANNYA.



Sis suka makan lala, tapi, tetap nak cakap…tetap nak bagi tahu… Sis kalau makan lala atau kerang, memang tak boleh tengok lama-lama… belek lama-lama… jadi geli! Dan sumpah, tak lalu makan. 

Jadi, Sis kena tengok sekali imbas, terus jer ‘ngap ngap ngap’.  Memang pelik atau nampak macam mengada-ngada sikit, tapi memang dah macam tu… nak buat macam mana kan… terima jer lah! Be yourself! Hahhaha..hahha…

Jika sebelum ini korang belum pernah mengolah atau memasak sendiri makanan laut yang mungkin menjadi kesukaan korang. Kali ini, tak ada salahnya jika korang mencuba Resepi Lala yang menjadi kegemaran Sis dan famili. 

Take Note!


Resepi Lala
Gambar ni pun Sis pinjam Mr.Google hehehe... saja nak bagi tau, korang kena pilih lala yang segar dan bersihkan sebersihnya ya...

* Tetapi sebelum tu,  pastikan lala yang dibeli di pasar atau supermarket tu, masih segar, kenyal dan tidak berbau. Jika lala yang dibeli itu masih hidup, segera simpan dalam peti sejuk dengan cara dibungkus dengan menggunakan beg plastik yang sudah ditebuk lubang agar lala tersebut tetap segar.

* Ketika mahu menyediakannya, jangan lupa untuk membersihkan lala dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletak garam. Ketika merendam, tutup rendaman tersebut dan biarkan beberapa minit agar pasir serta kotoran yang terdapat di dalam lala itu keluar.

Ok, dah settle bab membersihkan lala. Kita tengok pula bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Lala ini.

Bahan-Bahan:

1 kampit lala dicuci bersih
3 biji bawang besar - dikisar (kalau malas… cincang-cincang je pun ok)
3 inci halia - dikisar (kalau malas… cincang-cincang jer tau)
5 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu sos lada hitam
3 batang serai dititik
1 kiub ayam
Minyak masak untuk menumis
Sedikit air asam jawa

Cara Membuat:

1. Tumis bawang merah dan halia serta serai terlebih dahulu. 

2. Bila dah kekuningan, masukkan cili kisar.

3. Tumis hingga garing, masukkan sedikit air

4. Tumis lagi, masukkan kiub ayam, sos cili, sos tiram,sos lada hitam dan kicap manis. Biarkan mendidih.

5. Masak hingga kuahnya jadi pekat. Letak sedikit air asam jawa.

6. Masukkan lala, kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak dalam tempoh 5-8  minit. (Pastikan tidak terlalu masak, sebab bila terlalu masak habislah isinya nanti…heheheh)

7. Try rasa, jika kurang masin tambahlah garam. Jika suka boleh juga kalau nak letak daun bawang, daun ketumbar ataupun daun sup sebagai penyerinya. 
Resepi Lala
Disebabkan pic ada sekeping jer, so kenalah pakai gambar ni jugak.. Hahhaa... Inilah Resepi Lala Masak Pedas, Masam Manis. Korang harus cuba tau!! 

8. Okay, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Itulah dia Resepi Lala Masak Pedas, Masam Manis, ala masak pakai 'campak-campak' perkongsian Sis. Biarpun pakai 'campak-campak' tapi Sis masak dengan penuh perasaan kasih sayang. Jadi, jangan hairan, dapur rumah Sis jarang sekali tak berasap! Hehehe...


Sekian dulu. Sampai jumpa lagi... :))


Lurve,
Sis Anie Mohamed.