Nak tahu cara menggoreng kentang goreng (French fries) supaya kekal rangup dan tak lembik? Ramai yang cuba buat sendiri di rumah, tapi hasilnya kadang lembik, berminyak atau cepat lemau. 

Dalam artikel ini, sis akan kongsikan cara goreng French fries yang betul, termasuk teknik goreng dua kali dan tips dapur mudah untuk dapatkan hasil kentang goreng rangup seperti restoran fast food. 

Jom mula Menggoreng Kentang Goreng Yang Rangup!

Kentang goreng sedang dimasak dalam kuali berisi minyak panas


Bahan-Bahan

  • Kentang jenis Russet / Yukon Gold
  • Air sejuk atau air ais
  • Garam
  • Tepung jagung atau tepung beras (optional)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah Penyediaan

1. Pilih Kentang yang Betul

Gunakan kentang tua seperti Russet – kandungan patinya tinggi, hasil gorengan lebih rangup.

2. Potong Sama Saiz

Pastikan potongan kentang seragam supaya masak sekata. Boleh buat shoestring, crinkle-cut atau wedges.

3. Rendam dalam Air Sejuk

Rendam 30–60 minit untuk buang lebihan pati. Tip tambahan: tambah sedikit air lemon supaya kentang tak cepat lebam.

4. Tos dan Keringkan

Toskan dan lap kering guna tisu dapur. Kentang yang kering akan goreng dengan lebih rangup dan tak berminyak.


Baca Juga:

Tips Bajet Harian - Cara Jimat Berbelanja

Tips Memilih Bantal Tidur Yang Betul



Close-up kentang goreng keemasan yang rangup dan siap dihidang


Teknik Goreng Dua Kali (Rahsia Kentang Goreng Rangup)

Gorengan Pertama (Blanching)

  • Panaskan minyak pada suhu 160°C
  • Goreng selama 3–4 minit hingga kentang kelihatan layu
  • Angkat, toskan dan biarkan sejuk sepenuhnya

Gorengan Kedua

  • Panaskan minyak hingga 190°C
  • Goreng sekali lagi selama 2–3 minit atau hingga garing keemasan
  • Angkat dan toskan di atas tisu dapur
  • Tabur garam semasa masih panas

Tips Tambahan Untuk Kentang Goreng Lebih Rangup

  • Taburkan sedikit tepung jagung/beras sebelum goreng untuk tekstur lebih rangup
  • Goreng dalam kuantiti kecil agar suhu minyak kekal stabil
  • Pastikan minyak bersih dan bertapis – elakkan guna berulang kali

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Kenapa kentang goreng saya jadi lembik?
A: Mungkin kentang tidak direndam lama atau masih basah. Suhu minyak juga mungkin tidak cukup panas.

Q: Boleh guna air fryer?
A: Ya! Sapu minyak sedikit dan goreng suhu 180°C selama 15–20 minit. Goncang beberapa kali untuk hasil sekata.

Q: Perlu rendam kentang beku juga?
A: Tak perlu. Goreng terus dari beku untuk hasil rangup.


Produk Disyorkan 

(link affiliate: setiap pembelian menyokong blog ini tanpa kos tambahan ya!)

Confrim Padu!

Sekarang sis dah tahu cara menggoreng kentang goreng yang betul! Guna teknik goreng dua kali ni, hasilnya memang confirm rangup padu, tak berminyak, tak lembik. Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan dan cuba sendiri di rumah!

Selamat mencuba & happy cooking!