Resepi Biskut Conflakes

WALAUPUN DAH LEPAS RAYA, TAPI MOOD NAK MEMBAKING TETIBA BERGELORA. JOM... CUBA RESEPI BISKUT CONFLAKES! 


Sis kalau dah start rasa stres, macam nielah. Memasak atau membaking tetap terapi yang paling baik untuk Sis. Lagipun semua masakan Sis, memang jenis simple.Tak menyusahkan. Tak memenatkan. Mudah, cepat dan paling penting, mestilah enak untuk dinikmati bersama keluarga.

So kali nie Sis nak share, Resepi Biskut Cornflakes yang selalu Sis buat bersama anak-anak. Cukup…cukup… cukup mudah untuk disediakan. Sebenarnya tak salah kalau korang nak libatkan anak-anak dalam membuat biskut nie. 

Tak yah lah takut mereka buat ‘kecah’, ‘memekak’ dan sebagainya sebab aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan kasih sayang, bahkan juga boleh mengasah kreativiti anak-anak. 

Asyik dan seronok tau bila anak-anak turut sama membuat Biskut Cornflakes "Muahh-Muaahh" (hahhaa.. pandai-pandai jer Sis berikan namanya. Ya lah sebab masa dulu-dulu -time kecik- sambil-sambil buat biskut nie mesti anak Sis yang nombor 3 tu  mesti datang bersayang-sayang… "Muahhh-Muahhh"… “Adik, sayangggggg  Momma” - Gitu katanya).

Jom, layan RESEPI BISKUT CONFLAKES
150 conflakes/empingan jagung (nak ramas ataupun tidak, suka hati korang ok)

Resepi Biskut Conflakes
Sis guna Kellogg's Corn Flakes  ni!
Kredit foto: Mr.Google 

2 sudu besar gula kastor
3 sudu besar mentega/marjerin (ikut suka korang)
5 sudu besar madu/golden syrup (ikut suka korang)

Resepi Biskut Conflakes
Ada orang suka letak madu, tapi Sis suka letak Golden Syrup. Nanti try la letak ya!
Kredit foto: Mr.Google

ceri merah -dicincang/chocolate rice ataupun manik untuk hiasan (ikut suka korang juga nak letak ataupun tak... untuk nampak cantik dan lebih sedap, Sis memang suka letak :)p 
# paper cup kecil yang secukupnya.

CARA MEMBUATNYA:
1. Cairkan gula, marjerin, golden syrup dengan apa yang kecil. Jaga-jaga tau, jangan sampai hangit ataupun hangus!

2. Kemudian padamkan api, masukkan conflakes.Kacau sehingga kesemua bahan tercampur sebati.

3. Masukkan ke dalam paper cup dengan menggunakan sudu kecil. 

4. Selepas tu, bakar selama 10 minit dengan suhu 150 darjah Celsius. 

5. Okay, dah siap... sejukkan kemudian simpanlah di dalam bekas kedap udara.
Okay… last but not least… my homemade… Biskut Cornflakes “Muahh-Muaah” ! Yummyyy!!  


Resepi Biskut Conflakes
Biskut Conflakes yang paling mudah, meriah dan sihat. Anak-anak pasti suka!!
Selamat mencuba Resepi Biskut Conflakes dan kalau menjadi serta sedap jangan lupa bagi tau.. :)p


Lurve, 

Sis Anie Mohamed