Resepi Biskut Sarang Semut


MENJELANG HARI RAYA, TENTU ADA YANG SIBUK MENCARI-CARI CARA MEMBUAT KUIH ATAUPUN BISKUT RAYA YANG SEDAP. JOM, CUBA RESEPI BISKUT SARANG SEMUT.

Biskut Sarang Semut ni menjadi favourite anak-anak Sis. Tak kira hari raya ataupun tidak, kalau anak-anak teringin nak makan, pasti Sis akan buat, terutama anak Sis yang nombor tiga tu. Dia memang 'hantu' dengan Biskut Sarang Semut ni. Untuk anak manje Sis yang sorang tu memang selalu berasap oven Butterfly Sis zaman kuno tu.. Huuhuu..huhu... 

Tapi, kalau Sis rasa mood nak buat biskut Sarang Semut ni tak berapa ada, Sis akan ajak anak-anak join sekali membuatnya. Seronok kot, walaupun dorang ni 3 Hero. Nak ajak Dhia Marissa, heroin Sis yang satu-satunya tu kecil lagi. Sekadar jadi tukang peneman untuk buat sepah dan meriahkan suasana dapur, bolehlah... hahaha...

Maybe ramai yang menganggap aktiviti memasak nie sebagai perkara yang remeh-temeh, memenatkan serta sukar untuk dilakukan, tapi bagi Sis sebaliknya pula. Sis menganggapnya sebagai wadah penghilang stres yang paling mujarab selain daripada mendengar muzik.  

Setiapkali turun ke dapur, Sis memang bersemangat memasak. Sedap tak sedap, hebat tak hebat di dapur. Tu lain cerita. Janji sementara masih hidup, sementara masih diizinkan Tuhan untuk bergelar ibu dan wife ni, kalau boleh Sis memang nak dorang semua makan di rumah. Makan apa yang Sis masak.Itulah yang akan jadi kenangan buat dorang, andaikata mata ini sudah terpejam nanti. 

Sis happy bila tengok dorang makan.Rasa macam diri sempurna, walaupun hakikatnya tak sempurna mana pun hahaa...tapi, tak salah kan kalau kita berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk insan-insan yang kita sayangi. Okaylah, banyak plak Sis bercerita, kang ada pulak yang boring membacanya. 

So, kita teruskan pada perkongsian Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi BIskut Sarang Semut
Ni lah dia Biskut Sarang Semut yang telah Sis buat tu... Senang sangat, dan korang try lah ok!

Bahan-Bahan
125gm tepung kastard
125 gula halus
125 margerin (kalau suka nak guna butter pun ok juga)
225gm tepung gandum (nak guna tepung kek pun boleh... terpulang)
1 biji telur
Paper cup kecil

Hiasan
Chocolate sprinkles
Ceri yang dicincang halus (kalau suka nak letak, tak nak pun boleh)
2  biji kuning telur tuk ‘sapu’ (kalau nak nampak lagi kuning, letak pewarna berwarna oren ya)

Cara Membuatnya:
1. Margerin atau mentega dipukul  bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan ceri yang telah dicincang.

3. Pukul campuran tersebut sehingga sebati.

4. Masukkan kedua-dua tepung (tepung kastard dan tepung kek yang telah diayak) sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut.

5. Kemudian uli dan masukkan sikit demi sedikit ke dalam paper cup (kalau rajin bolehlah parut atau sagat adunan tersebut), tapi Sis lebih suka guna kreativiti sendiri.. gentel-gentel jer sendiri. Tapi, nampak menjadi juga, kan...  



Resepi Biskut Sarang Semut
Jangan lupa sapu kuning telur di atasnya. Kalau nak nampak lagi kuning, letak perwarna oren ya. Kredit Foto: Mr.Google

6. Lepas tu sapukan kuning telur di atasnya dan barulah tabur chocolate sprinkles untuk hiasan.


Chocolate sprinkles
Sis lebih suka tabur chocolate sprinkles warna coklat ni daripada berwaran-warni. Jadi, korang pilihlah mana yang korang suka ya nak tabur :)p  Kredit Foto: Mr. Google


7. Bakar dalam oven dengan suhu 150’C atau sampai masak. Sejukkan dan simpanlah nanti dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Sarang Semut
Rasanya sedap sangat sampai tak cukup kalau makan seketul dua tau heheheh.... 
Okay, selamat mencuba ya Resepi Biskut Sarang Semut tu. Hope menjadi tau! :)  Kita jumpa lagi di catatan hari yang lain. Tataaaaaa.....


Lurve,
Sis Anie Mohamed