expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 14 June 2017

RESEPI KETAM MASAK LEMAK


Resepi Ketam Masak Lemak


PENCINTA KETAM PASTI TAHU DENGAN KEENAKKAN MENU KITA KALI INI. RESEPI KETAM MASAK LEMAK INI CUKUP DIMINATI RAMAI KERANA MAMPU MENGGODA SELERA MAKAN SESEORANG!



Sis memang suka makan ketam. Actually, paling suka ketam yang dimasak sambal. Lagi pedas, lagi sedap. Tapi, sekali sekala pekena ketam masak lemak cili padi syok juga kan. Lagipun senang giler nak memasaknya. Tak payah nak duduk kat dapur lama-lama! 
Caranya cukup mudah…. betul Sis tak tipu, bukan apa kalau malas nak kisar bahan-bahan tu, kita potong-potong jer. Hehehe... meh ikut Resepi Ketam Masak Lemak  yang super simple nih. 
Jangan risau, tetap sedap ok! 

Tapi pastikan korang pilih ketam yang masih segar dan teknik pengolahan yang sesuai dengan menitikberatkan soal bahan-bahan mampu membuatkan hidangan ketam ini  menjadi tidak menghampakan. Insya-Allah, follow jer step yang Sis berikan ini. Pasti menjadi dan gerenti sedap!


Resepi Ketam Masak Lemak
Pemilihan ketam yang segar mampu menambah kesedapan sebuah masakan.  Kredit Foto: Mr.Google

Bahan-bahan:
3 ekor ketam segar, cuci bersih, belah dua atau empat bahagian. Ikut suka hati. 

Lumurkan dengan sedikit kunyit.
1 paket santan serbuk. (Kalau malas nak cari santan kelapa original. Asingkan sikit santan, jadikan ia pekat. (kalau guna santan paket le)
1 biji bawang merah (malas tumbuk, hiris sudah! hahah…)
Bawang putih sebiji (hiris saja ek- nak cepat kan)

1 batang serai (diketuk-ketuk)

1 helai daun limau purut
6 biji cili padi (dikisar - biasanya Sis kisar banyak-banyak terus dan bekukan. Bukan apa senang nak masak apa-apa masakan yang melibatkan penggunaan cili padi nih.)
Garam/sesudu kecil kicap manis/serbuk perasa secukupnya.
1 keping asam kandis.  
* Serbuk kunyit (nak sedap mestilah guna kunyit hidup… tapi kalau malas, serbuk kunyit pun boleh)
P/S: 
Kalau nak gandingkan ketam ini dengan timun kuning, tomato, nenas, bendi, kentang atau apa sahaja yang korang suka pun boleh. Mana-mana yang jenis empuk, masukkan kemudian sikit ye. Kalau tak, nanti lembik plak… Kena pandai agak-agaklah.

Resepi Ketam Masak Lemak
Kunyit Giling Hajjah Piah ni memang favourite Sis. Betul-betul sangat mudah! 


Cara Memasak:
1. Bancuh santan, permulaan nie cair sikit pun tak mengapa.
2. Masukkan santan cair tu ke dalam periuk bersama rencah-rencahnya seperti bawang merah, bawang putih tadi, serai, cili api dan sedikit serbuk kunyit.
3. Masukkan santan cair bersama rencah-rencah tersebut ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biar ia sebati dan barulah masukkan ketam, masak hingga berubah warna dengan menggunakan api sederhana.
4. Tuang santan pekat, masak kembali hingga mendidih dan masukkan daun limau purut, garam, kicap manis dan serbuk perasa secukupnya.



Resepi Ketam Masak Lemak
Bagi korang yang tak kenal, nilah daun limau purut. Kredit foto: Mr.Google 

5. Kalau rasa dah ok, kuah pun dah korang rasa 'ngam-ngam' bolehlah angkat dan hidangkan. Senang sangat, kan...

Resepi Ketam Masak Lemak
Selamat mencuba Resepi Ketam Masak Lemak yang 'power' ini... :)p

Itulah Resepi Ketam Masak Lemak yang boleh korang cuba buat sendiri dan menikmatinya bersama keluarga tersayang di rumah. Citarasa yang enak ini pasti akan membuatkan korang tidak berpaling lagi dari menu makanan yang satu ini. Wahh... sampai gitew sekali kan kesedapannya.. hahahah...



Jumpa lagi ya!

Lurve, 
Sis Anie Mohamed


3 comments:

  1. Replies
    1. Hiihii.... alhamdulilahhh... sedap hahaha.. hahah..

      Delete
  2. Sedap ..lama x makan ketam..nak cari la...harap2 isinya penuh

    ReplyDelete