Resepi Sosej


MINGGU NIE TERLALU SIBUK. BANYAK KERJA-KERJA YANG PERLU DISELESAIKAN DENGAN SEGERA. TAPI, SOAL MEMASAK, TAK BOLEH NAK DIKETEPIKAN. KALI INI DIKONGSIKAN RESEPI SOSEJ BBQ BERKEJU.


Kalau tak sempat nak buat sarapan atau minum petang yang heavy sikit, Sis akan buat yang paling simple.Bukan apa, lebih cepat dan tak kelam kabut untuk menyediakan segala bahan masakan. Itu pendapat Sis lah...

Resepi Sosej BBQ Berkeju (kebetulan Sis pilih sosej yang ada keju... jadi Sis letaklah namanya begitu.. hahha... ) Membuatnya cukup mudah, tak der sampai berpeluh-peluh. Tak sampai 1/2 jam pun dah boleh siap! Haaaa... so, kalau rasa bosan-bosan tak tahu nak masak pe bolehlah layan resepi nie ok. 


Resepi Sosej
Sis guna sosej daripada Ayamas ni ya.
Kredit foto: Mr.Google
BAHAN-BAHANNYA: 
* Sosej  (tak kisah brand apa dan berapa kuantitinya…ikut kehendak dan selera sendiri)- Nak cantik sikit, kelar-kelarlah sosej tu ikut kreativiti sendiri.

* Boleh digoreng/direbus/dipanggang ikut suka sendiri juga. Make sure kalau goreng atau panggang tu guna butter or minyak zaitun sikit ek... tuk mengekalkan kesedapan. Hehhe....  Dah masak, ketepikan.
Resepi Sosej
Jangan lupa tabur sikit, daun oregano ni.
Kredit foto: Mr.Google

Bahan Untuk Sos BBQ
* 3 sudu mentega
* 4 sudu sos lada hitam
* 6 sudu sos Cili
* Sedikit daun oregano
* Sedikit serbuk lada putih
* Sedikit garam
* Sedikit air


Resepi Sosej
Tidak ketinggalan serbuk lada putih sebagai penyedap rasa.
Kredit foto: Mr.Google

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega tersebut dalam non stick pan

2. Kemudian campurkan sos lada hitam dan sos cili

3. Letakkan sedikit garam dan sedikit air 

4. Kacau-kacau dengan api yang sederhana sekali

5. Kemudian masukkan sosej, kacau balik dengan sos hingga sos melekat pada sosej dan  kering daripada pan

6. Apabila semua dah berbaur sebati, tabur Oregano dan bolehlah angkat

7. Jika suka boleh dihidangkan bersama mayonis ataupun mustard. Terpulang pada selera sendiri.Okay, selamat mencuba.

Resepi Sosej
Inilah hasil Resepi Sosej BBQ Berkeju. Nampak menyelerakan gitew.... :)p
Senang sangat nak menyediakannya dan sangat enak rasanya. So, cuba tau Resepi Sosej BBQ Berkeju ni. Kalau tak nak yang keju, sosej biasa, sosej lada hitam dan sebagainya pun boleh. Tak ada masalah, cuba follow stepnya sahaja. 

Kalau tak nak pedas, nak masam-masam sikit, tukar kepada sos tomato pun boleh. Ikut selera korang sebab Sis ni kalau masak memang selalu terlebih pedas! Hehe.. heheh...

Sampai jumpa lagi ya! Tataaaa....

Lurve,
Sis Anie Mohamed