Cara Hilangkan Kelemumur


TAK KIRA KITA BERHIJAB ATAUPUN TIDAK, PENJAGAAN RAMBUT TETAP PERLU DIBERIKAN PERHATIAN. APATAH LAGI, KALAU KEPALA KITA JENIS BERKELEMUMUR. JADI, KITA HARUS TAHU CARA HILANGKAN KELEMUMUR PALING PANTAS!




Apapun sebelum merawat rambut, kita kena tahu rambut kita dalam kategori yang mana satu. So, check it out!
1. Rambut Jenis Kasar
Jika  korang pemilik rambut kasar, sebaiknya gunakan syampu yang mengandungi kelapa dan susu. Kandungan lemak pada kedua bahan tersebut mampu memelmbutkan rambut yang kasar.
Selain itu, jangan lupa pakai conditioner atau perapi selepas membasuh rambut dengan syampu agar rambut jadi semakin lembut. Untuk hasil yang lebih sempurna, gunakan vitamin rambut yang efektif untuk melembutkan rambut.
2. Rambut  Jenis ‘Lepek’
Tips merawat rambut yang ‘lepek’ adalah dengan menggunakan syampu yang mengandungi lemon atau limau nipis. Rambut menjadi ‘lepek’ kerana kandungan minyak pada rambut sangat banyak dan ekstrak lemon dan limau nipis dapat mengurangi pengeluaran minyak dalam rambut. 

Berbeza dengan rambut yang kasar, rambut ‘lepek’, korang tidak digalakan untuk memakai conditioner atau perapi selepas membasuh rambut.
3. Rambut Jenis Bercabang


Rambut bercabang disebabkan hujung rambut sangat kering sehingga memerlukan conditioner atau perapi  serta vitamin rambut. Ketika rambut bercabang, lakukanlah trim di bahagian hujung rambut. Jika tidak mahu ke salon rambut, korang boleh juga melakukannya sendiri di rumah.
4. Rambut Rosak
Sama halnya dengan rambut lepek, rambut yang rosak sebaiknya tidak diberikan conditioner kerana ia akan menyebabkan rambut menjadi semakin. Perawatan yang sesuai untu rambut rosak adalah dengan menggunakan tonik rambut secara rutin setelah selepas mencuci rambut.
5. Rambut Jenis Kering
Rambut kering juga perlu menggunakan syampu yang mengandungi susu dan kelapa, sama seperti dengan rambut kasar. Selain melembutkan, kandungan lemak pada susu dan kelapa mampu melembapkan rambut.
6. Rambut Jenis Berkelemumur
Tips merawat rambut berkelemumur adalah dengan menggunakan syampu khas anti kelemumur. Tetapi, jangan terlalu kerap menggunakannya kerana syampu anti kelemumur ini mengandungi bahan-bahan yang lebih kuat berbanding syampu biasa. Jadi, gunakan syampu anti kelemumur secara berselang seli.

Kalau tak nak, boleh juga praktik cara hilangkan kelemumur macam Sis amalkan ni. Selain suka gunakan bahan-bahan semulajadi seperti lemon, lidah buaya dan limau nipis, Sis baru try satu produk daripada Botaneco Garden. 


Cara Hilangkan Kelemumur
Sis mula jatuh cinta dengan produk Botaneco Garden ini sebab ianya bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. 

Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari.

Koleksi tersebut terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan. Termasuk koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut.

Apa yang Sis nak cerita kat sini ialah tentang koleksi penjagaan rambutnya iaitu Syampu Rambut dan Perapi Rambut. Keduanya mengandungi Organic Argan dan Virgin Olive Oil. Sejak berhijab Sis mengalami satu perubahan besar yang sebelum ini tak pun Sis alami. Huhu... dugaan orang baru berhijab gitew!

Sis punyalah jaga soal kecantikan rambut, tapi tewas juga dengan masalah kulit kepala gatal, berkelemumur dan rambut gugur ini.Kemudian Sis diperkenalkan dengan syampu rambut dan perapi rambut Botaneco Garden. Serius lega giler, first time pakai dah dapat kesannya. Sis gunakan selang tiga hari.

Masalah rambut berkelemur dan kulit kepala gatal semakin selesai. Begitu juga dengan masalah rambut gugur, alhamdulillah makin berkurangan.


Cara Hilangkan Kelemumur
    Produk Botaneco Garden ini boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. 
So, inilah rahsia atau cara hilangkan kelemumur yang telah Sis temui. Korang cubalah mana tau kot-kot serasi dan berkesan. Lagipun formulasi koleksi produk Botaneco Garden ini bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. 

Inilah yang memberikan ketenangan minda kepada pengguna macam kita yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Malahan, ia juga telah diuji dan terbukti dari segi dermatologi.


Cara Hilangkan Kelemumur
Jom support Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden  yang telah bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017 ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut, layari www.botanecogarden.com/en-hk/ ataupun jenguk-jenguk produk ini kat www.guardian.com.sg/search/?text=Botaneco%20Garden



Cara Hilangkan Kelemumur
Kini, kelemumur dan gatal kulit kepala tak ada lagi!


Semoga tips ini berguna terutama cara hilangkan kelemumur. Mudah-mudahan dapat membantu korang memiliki rambut yang cantik, sihat dan menawan serta bebas daripada masalah kelemumur dan kepala gatal.


Ok,sekian dulu. Ketemu lagi kita di coretan yang akan datang. Insya-Allah.



Lurve,
Sis Anie Mohamed