TENTU ADA DI ANTARA KITA
PERNAH TERKENA KETUMBIT DAN BERUSAHA MENCARI TIPS ATAU CARA HILANGKAN KETUMBIT.
Ok, kali ini Sis nak cerita
pasal cara hilangkan ketumbit. Tapi, sebelum tu nak cerita juga tentang
kekecohan bila ada yang terkena ketumbit ni. Tak kiralah ahli keluarga mahupun
kawan-kawan. Pasti kena ‘bahan’ atau ejek!
Sinonim sangat tengok orang
terkena ketumbit, kita mula membayangkan tabiat buruknya yang suka mengintai
orang! Padahal semua tu tak ada kena mengena langsung… huh..huh..hu…
Sebaliknya masalah ketumbit
di mata ni, apa yang Sis tahu ia disebabkan oleh keradangan pada kelopak mata
yang disebabkan oleh infeksi kuman pada pangkal bulu mata dan juga disebabkan oleh penyumbatan paa kelenjar yang
menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).
Oklah Sis nak share beberapa
cara hilangkan ketumbit yang Sis yakin tak ramai yang tahu, yakin dan berani
untuk mempraktikkannya. Tapi Sis share juga ok, sebab itulah petua paling
efektif, turun temurun yang Sis amalkan untuk family dan juga kawan-kawan
rapat.
Dah sedia? Haa… hahha… kalau
tak berani nak cuba petua Sis yang paling ngeri ni, boleh cuba cara hilangkan ketumbit lain-lain tu ya.
Okay macam ni, kalau
rasa-rasa macam nak kena ketumbit tu, kena cepat-cepat sebab kalau dah parah
memang tak berapa menjadi cara yang Sis berikan ni.
Sinonim sangat tengok orang terkena ketumbit, kita mula membayangkan tabiat buruknya yang suka mengintai orang! Padahal semua tu tak ada kena mengena langsung… huh..huh..hu…
Sebaliknya masalah ketumbit di mata ni, apa yang Sis tahu ia disebabkan oleh keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh infeksi kuman pada pangkal bulu mata dan juga disebabkan oleh penyumbatan paa kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).
Oklah Sis nak share beberapa cara hilangkan ketumbit yang Sis yakin tak ramai yang tahu, yakin dan berani untuk mempraktikkannya. Tapi Sis share juga ok, sebab itulah petua paling efektif, turun temurun yang Sis amalkan untuk family dan juga kawan-kawan rapat.
Inilah cara hilangkan ketumbit yang telah Sis amalkan sejak sekian lama. Petua mak-mak zaman dulukala hihhi... |
Dari dulu Sis gunakan CILI
API untuk hilangkan ketumbit ni. Bukanlah tenyeh kuat-kuat atau lumur dengan
mata dengan cili api tu. Usap manja-manja jer kat bahagian yang nak kena
ketumbit tu.
Langkah pertama, basuhlah bersih-bersih satu tangkai cili padi. Pastikan bahagian hujungnya tak patah, pecah atau rosak dan sebagainya.Kalau tak, naya! Pijor mata! Hu..huh...
Langkah kedua, baca
Bismillah…. Dan sapu-sapulah kat
bahagian yang kena ketumbit tu sambil berselawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W
(3kali) dan tiup di tempat yang
berketumbit itu. Minta-minta diberikan kesembuhan.
Langkah ketiga, setelah itu
buang lah cili tu ke dalam tong sampah. Selesai. Insya-Allah dengan izin Allah,
sembuh ketumbit itu. Dari dulu sampai ke hari ini, cara hilangkan ketumbit
itulah yang Sis amalkan. Alhamdulillah dengan izin Allah menjadi.
Okay, kalau tak berani dengan tips brutal Sis tu, korang boleh cuba cara menghilangkan ketumbit secara semulajadi seperti di bawah ini.
Bawang Putih
Cara menggunakan bawang putih boleh dipratikkan. Ini adalah kerana bawang putih
mengandungi persenyawaan anti bakteria yang dipercayai mampu menghapuskan
bakteria penyebab ketumbit di mata.
Korang hanya perlu, bersihkan
mata dengan air suam dan sediakan satu ulas bawang putih. Hancurkan bawang
putih, sama ada diparut atau ditumbuk lumat.
Setelah itu, sapukan bawang putih yang sudah lumat itu pada kawasan
kelopak mata yang ditumbuhi ketumbit itu.
Daun Sirih
Selain itu boleh juga gunakan daun sirih. Ia terbukti dapat
mengubati pelbagai jenis sakit mata, termasuklah ketumbit mata ini.
Caranya mudah sahaja,
sediakan dua helai daun sirih. Kemudian rebuskannya dengan dua gelas air,
biarkan sehingga mendidih.Biarkan sejuk seketika, kemudian tapis. Gunakan air rebusan perahan
daun sirih itu untuk membersihkan kawasan mata yang sakit atau ketumbit.
Kunyit Hidup
Sifat kunyit anti-bakteria
dan anti-inflamasi membuatkan tanaman ini sangat berkesan untuk mengatasi
banyak penyakit.Ambil sedikit kunyit hidup,
ditumbuk sampai lumat dan kemudiannya di sapu pada bahagian yang ada ketumbit. Ia akan mempercepatkan menyembuhkan ketumbit tersebut serta mengurangkan
bengkaknya.
Itulah beberapa cara hilangkan ketumbit yang boleh Sis kongsikan. Nak tahu lebih banyak lagi, baca kat sini pun boleh.
Itulah beberapa cara hilangkan ketumbit yang boleh Sis kongsikan. Nak tahu lebih banyak lagi, baca kat sini pun boleh.
Apapun segera mendapatkan
rawatan doktor jika keadaan mata yang bengkak atau berketumbit itu tidak juga
sembuh walaupun telah mencuba pelbagai cara atau petua.
Ok, sampai ketemu lagi di catatan yang akan datang.
Ok, sampai ketemu lagi di catatan yang akan datang.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
0 Comments