Pakaian Terpakai


TERNYATA KEMPEN KOMUNITI TOP PASS IT ON MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DARIPADA RAKYAT MALAYSIA. JELAS TERBUKTI APABILA 5,046 HELAI PAKAIAN TERPAKAI BERKUALITI MELANGKAUI JANGKAAN ASAL TELAH BERJAYA DIKUMPUL.



Baru-baru ini bertempat di Mydin USJ, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, telah merasmikan acara kemuncak kempen tersebut. Di mana majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dimikro bersih kepada para wakil dari empat buah persatuan komuniti dari Lembah Klang.

Pakaian Terpakai


Apa yang Sis tahu, Kempen komuniti TOP Pass It On ini merupakan satu usaha terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasing dan mencuci secara profesional pakaian-pakaian terpakai yang telah digunakan secara cermat di Malaysia.

Melalui kempen berkenaan, TOP telah mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta membersihkannya secara profesional melalui pusat cucian Regional Laundry dengan menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan, memperbaharui dan memulihkan pakaian  sebelum diserahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian terpakai yang telah dimikro bersih melalui gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula dari 7 Mac hingga 18 Mei, 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.


Pakaian Terpakai

Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut memberitahu, kempen TOP 'Pass It On' amat selari dengan prinsip-prinsip Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta selaras dengan cara mereka membantu rakyat.

Bahkan kempen ini juga telah berjaya  mewujudkan satu kitaran budi di kalangan masyakarat yang telah secara sukarela menyumbang kepada yang memerlukan, berkongsi pengalaman dan impian serta mengurangkan pembuangan berlebihan pakaian berkualiti. Di samping itu, langkah ini turut memberikan manfaat ekonomik kepada masyarakat serta bersifat mesra alam.

"Ini merupakan kempen swasta-kerajaan-masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran di kalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara," tambah  beliau lagi.


Pakaian Terpakai
Mencuci lebih bersih dan jimat untuk semua jenis pakaian

Pakaian Terpakai


Bagi Sis, memilih sabun detergent yang tepat atau sesuai buat keluarga kita sangat penting. Kalau mencuci baju tanpa detergent, tentulah pakaian kita kurang bersih dan tidak berbau harum. Lagi satu, penggunaan detergent yang tepat juga dapat mengurangkan risiko alergi kulit dan gatal-gatal serta mengelakkan pakaian kita seisi keluarga dari kemungkinan bakteria dan kulat yang melekat daripada pakaian-pakaian tersebut.
Apapun  bentuknya, tak kiralah serbuk atau cecair fungsi detergent tetaplah sama kan. 

Cuma.. apa yang Sis nak cakap kat sini, TOP
TOP yang terkenal sebagai pakar Anti bau hapak kini diperkasakan dengan Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum baharu yang dirumus khas oleh Lion Corporation Japan. 

BACA LAGI...  APA KEHEBATANNYA!

* Teknologi Micro-Clean Tech™ mampu membersihkan kotoran nyata dan tersembunyi dengan berkesan.

 * Barisan produk Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum TOP didatangkan dengan semua fungsi-fungsi terkenal TOP termasuklah teknologi anti bau hapak, anti debu hama, anti bakteria dan teknologi wangian FreshCare™ bagi kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Pakaian Terpakai
Sis dan Kolin Zainal sempat lagi berswafoto tu heheh..heheh...
Oklah, sebelum Sis akhiri coretan kali ini, tahniah kepada semua yang terlibat dalam kempen Komuniti TOP Pass It On kerana jumlah pakaian terpakai yang berjaya dikumpulkan adalah dua kali ganda lebih banyak. Ini jelas membuktikan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap jenama ini serta teknologi-teknologi cucian yang berinovasi.


Tataa.. Titi... Tuuu...


Lurve,
Sis Anie Mohamed