Kuih Raya Sedap
Kuih Raya Sedap - 'The Kitchen of Dea Marissa'. Tengok tu Bos kecik tengah kira stok penghantaran tu... Haha... hahaha....

    
KALAU RASA-RASA NAK BELI KUIH RAYA SEDAP DENGAN HARGA BAJET, BOLEHLAH 'ROGER-ROGER' YA! TAPI KUIH RAYA SIS NIE TAK LAH BANYAK, ADA 4 JENIS SAHAJA. TAPI MEMANG CONFIRM, SUPER YUMMY!



Kuih Raya Sedap
Tradisi turun temurun - Kuih Semperit Pahang. Sis orang Pahang, jadi kenalah betul-betul pastikan yang kuih raya sedap ni super yummy!! Kalau tak, malu eh!! 
Sebenarnya Sis buat bisnes jual kuih raya sedap ni teraktif sikit sejak tahun lepas dengan dorongan member Sis, yang terlebih dahulu gigih jual menjual kuih raya ni. Sungguh pun begitu, pasaran kami taklah terlalu meluas atau 'kebabom', sebab kebanyakan orang yang beli kuih raya sedap - The Kitchen of Dea Marissa terdiri di kalangan kawan-kawan rapat, kawan atas kawan, kenalan atas kenalan, saudara mara, saudara mara atas saudara mara. Haaa... macam tu.... 


Kuih Raya Sedap
Dhia Marissa tetap paling sibuk tolong Momma settle kan tempahan kuih raya :)
Kuih Raya Sedap
Citarasa istimewa Semperit Pahang memang tiada tandingan. Serius lain daripada rasa semperit biasa yang korang pernah rasa atau makan.



Kuih Raya Sedap
So Yummy! Chocolate Chip

Kuih Raya Sedap
Much Yummy! Black Choc 

Kuih Raya Sedap
Supper Yummy! Cheese Cookies
Apapun kami bersyukur sebab laris sangat, terutama kuih Semperit Pahang. Begitu juga dengan Cheese Cookies, Chocolate Chip dan Black Choc. Kuih nilah yang paling laku tiap-tiap tahun dan paling hangat orang order. Biasalah bila homemade, rasanya tentulah lebih sempurna dan sedap! Dah makan sekali pasti rasa ketagih dengan kuih raya sedap ni.. Hehehe.. hehhe... 


Kuih Raya Sedap
Sekali rasa, tentu nak lagi. Kat rumah Sis ni memang tak pernah  jemu dengan kuih  Semperit Pahang. Terlebih favourite, raya tak raya, ada je kuih ni.
Nak cakap lebih pun tak boleh, takut nanti ada yang kata Sis 'propa' plak. Mentang-mentang jual kuih tu, puji melambung-lambung. Silap-silap bila beli, dan rasa kat rumah, macam 'hampeh'. Hahaa... hahah... Itu perkara biasa yang akan terlintas di fikiran kita bila orang promote jual kuih raya ni.


Kuih Raya Sedap
Kawan Sis, Kak Liza sedang gigih. Kejap lagi kami nak buat penghantaran....


Kuih Raya Sedap
Dhia Marissa pun gigih jugak nak menolong.... Hhee.. hehe... 
Tapi, nak cakap lagi.. nak cakap jugak lagi sebelum Sis akhiri coretan Sis kali ini. 4 jenis kuih raya sedap yang Sis bisnes  ni memang betul-betul sedap. Haha.. hahhaa...Tak rugi kalau korang beli.Kalau berminat nak oder, jangan lupa roger Sis ok! Hihhi...


Tata... Titu... 

Lurve, 
Sis Anie Mohamed