Dhia Marissa sayang nenek dan Momma pun sayangkan nenek sebab tanpa nenek, tiadalah Momma lahir ke dunia ini. 
LAGU JASA BONDA INI TERLALU MENUSUK KALBU JIKA DIHAYATI SETIAP BAIT-BAIT LIRIKNYA. SILAP-SILAP BOLEH MENITISKAN AIR MATA!! 





LAGU JASA BONDA - WARISAN



Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
(Ulang *)
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang...



Walaupun Momma bukan ibu yang serba sempurna, namun Momma menyayangi    kalian dengan tulus sepenuh hati.

Moga-moga  Lagu Jasa Bonda ini juga akan menjadi kenangan buat anak-anak yang disayangi iaitu Haikal Haziq, Hazmi Hazim, Hazrul Hisham dan Dhia Marissa buat selama-lamanya.
Walaupun kini kalian semakin meniti alam remaja,  jarak kita mula terasa walaupun hanya sejengkal. Namun, kasih sayang ini tak pernah berubah, tetap setia mendampingi kalian sehingga dewasa. Apapun jangan risau.. momma sentiasa ikhas dan tetap setia hingga ke akhir hayat ini untuk menyayangi kalian. Dari kecil sampailah ke hari ini, cinta dan doa ini tak pernah putus untuk anakanda berempat.









Tak mahu sedih-sedih. Marilah kita sama-sama ucapkan Selamat Hari Ibu buat insan yang kita sayangi kerana dengan segenap jiwa dan raganya wanita yang bergelar IBU inilah yang telah menjaga kita dengan sabar dan ikhlas  tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

Selagi ibu, momma, ummi atau apa sahaja gelarannya untuk insan ini masih ada, masih Tuhan berikan kita kesempatan untuk 'meminjamnya' hargailah kehadirannya! Sebagai wanita yang bergelar ibu, mudah-mudahan Sis terus kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup ini.
Sebelum berpisah, chewahh... sama-samalah kita hayati lagu Jasa Bonda yang terlalu bermakna buat Sis sekeluarga. 

Ok, sampai ketemu lagi.


Lurve,

Sis Anie Mohamed