Kamilah Geng Kaki Jalan Ventures Hihhii... 

SUSAH NAK MELUPAKAN KENANGAN PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR SIS YANG SEMANIS MADU ITU. SEBAB ITULAH JUGA WALAUPUN IA DAH LAMA BERLALU, TETAPI BILA DIINGAT-INGAT BALIK, ALAHAI SWEETNYA! HA... HAAAA... 





The Bujangans Kesayangan
Biasanya Sis kalau nak berjalan-jalan atau bercuti memang tak boleh plan beria-ia sangat. Dah banyak kali terjadi, akhirnya frust sendiri. Kena chill chill jer, tapi dalam diam-diam kena jugalah buat serba sikit perancangan, kena kira masa dan tarikh yang sesuai untuk pergi bercuti . Paling penting, tak jejaskan segala tuntutan kerja dan juga waktu persekolahan anak-anak. Selain itu, bajet Kaki Jalan kenalah mencukupi. Maklumlah famili Sis meriah, kan...

Sis kalau bab berjalan atau makan-makan memang suka berfamili-famili baru meriah dan rasa syok kekeluargaan tu. Tapi selalunya Sis akan pergi dengan famili angkat anak-anak ni, Kak Long @ Mama Fiza dan famili. Serasi bersama gitu... Lagipun anak-anaknya lelaki, segeng la dengan anak-anak Sis tiga hero tu. 


Masa ni dalam feri, Dhia Marissa dengan Mama Fiza.

Naik teksi sewa dari jeti ke resort. Teksi ni warna pink, sama kaler dengan baju Dhia Marissa hihihi...

Percutian Ke Pulau Pangkor ini memang Kak Long yang handle, dialah orang kuat  Kaki Jalan Ventures hiihi... Sis suka follow sebab segala ceruk mak nenek kalau berjalan tahu jer dia. 

Dari Shah Alam, kami konvoi dua kereta ke sana.Tinggalkan kereta di Lumut. Naik feri, tiket RM14 (seorang) dan RM 5 (seorang) harga pergi & balik. Kira oklah kan...  Kemudian dari jeti, kami sewa teksi pink tu untuk ke tempat penginapan. Satu perjalanan dorang charge sekitar RM16-RM20. Sesiapa nak sewa motor pun boleh, kalau tak silap RM15 sejam.



Walaupun kolam resort ni tak besar mana, tapi bentuknya unik macam sampan. Dhia Marissa seronok sangat tau... 

Ni lah bilik tidurnya... 

Port penginapan yang menjadi pilihan kami dari geng Kaki Jalan Ventures untuk Percutian Ke Pulau Pangkor ni ialah Anjungan Beach Resort Pangkor area Teluk Nipah Suasana kat resort ni memang cukup mendamaikan biarkan kedudukannya agak terpencil dan tepi hutan. Boleh nampak monyet bergayutan sana sini hihhi... 



Menikmati keindahan petang sekitar Pantai Teluk Nipah

Desiran ombak yang memukul pantai melantun sejuta rasa. Asyikkk walaupun Sis tak terjebak mandi laut! 

Apa syoknya keluar dari resort ni, jalan sikit dah nampak berderetan kedai-kedai makan. Pilih jer yang mana memikat selera dan sambil tu boleh jalan-jalan di tepi Pantai Teluk Nipah. Tak kira siang atau malam.Tu yang syoknya bila tinggal dengan tempat yang dekat dengan laut. Kalau tak nak stay kat situ pun, ada banyak lagi hotel ataupun resort kat sekitar Teluk Nipah tu.


Syok sangat dapat main pasir... 

Selain jagung bakar, apam balik, lempeng Warisan yang cukup enak terdapat pelbagai makanan laut yang sedap-sedap.

Kami habiskan cuti 3 hari 2 malam di situ sambil menikmati keindahan pantai serta keenakan makanan yang terdapat di situ. Sempat jugalah ambil angin naik bot untuk snorkling ke Pulau Giam. Memang teruja sangat. Lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak, terutama puteri kecil Sis, Dhia Marissa.


Masing-masing teruja!!

Cantik sangat Pulau Giam. Antara lokasi pilihan pelancong untuk xtvt snorkling

Safety first gitu... life jacket wajib pakai tau.

Dhia Marissa pun tak ketinggalan nak snorkling juga hehhe..hehhe...

Lurve u all guyz :))

Itulah serba sedikit cerita tentang Percutian Ke Pulau Pangkor Sis bersama geng Kaki Jalan Ventures. Hope sangat suatu hari nanti kami dapat ke sini lagi untuk mengimbas sekali kenangan manis itu.

Ok, sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed