expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 25 May 2017

PHILIPS ALL-IN-ONE PRESSURE COOKER MELENGKAPI RAMADAN & AIDILFITIRI KALI INI

Philips Pressure Cooker
Hari Paling Bertuah Buat Sis, Sis Menang Periuk Ni.. Alhamdulillah :))
SERIUS SIS TAK SANGKA BOLEH MENANG PERADUAN PHILIPS ALL-IN-ONE PRESSURE COOKER (KATEGORI INSTAGRAM - 123mamanet ) SEWAKTU PELANCARAN MAJLIS TERSEBUT.




Philips Pressure Cooker
Senyum meleret wehh.. dah menang! :))

Philips Pressure Cooker
Terima Kasih #philipsmalaysia untuk hadiah istimewa ini.


Itulah orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Jika sudah tertulis olehNya, sesuatu yang tidak kita sangka atau duga tetap juga menjadi milik kita dengan izinNya. Alhamdulillah….  Rezeki menjelang bulan puasa dan Hari Raya nih.
 
Philips Pressure Cooker
Memasak Juadah Raya Menjadi Lebih Mudah & Menjimatkan Masa Dengan Phillips All-In-One-Pressure Cooker
Nampaknya Ramadan dan Aidilfitri Sis tahun 2017 lebih bermaknalah dengan adanya Philips All-In-One Pressure Cooker.Bukan apa, jika sebelum ini setiap tahun Sis memang gigih berjam-jam duduk di dapur menyediakan segala hidangan raya, ketupat, rendang, kari, sup tulang, kuah kacang dan sebagainya. Nampaknya raya tahun ni lega  banyaklah sebab aktiviti memasak Sis tentunya menjadi lebih mudah dan cepat.

Paling best kot, bolehlah Sis ajak emak Sis buat dodol nanti.Dah bertahun-tahun lamanya tradisi mengacau dodol ini terpaksa dilupakan memandangkan kesihatan emak Sis yang kurang baik.

Jadi tahun ni, Sis ingat nak ajak emak Sis buat dodol dengan menggunakan Philips All-In-One Pressure Cooker yang telah berjaya Sis bawa pulang ini. Doa-doakan tahu, semoga hasrat Sis ini tercapai dan Sis diberikan kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama emak Sis. Insya-Allah, Ameen.

Philips Pressure Cooker
Sis bersama Kolin Zainal yang sememangnya cukup mengidam dengan periuk ni!Tapi apa nak buat, rezeki berpihak pada Sis kali ini  hehe.. hehe... :)) 
Teruja sangat Sis untuk menggunakannya. Jadi, Sis rasa korang yang rajin ke dapur memang patut ada satu periuk ni. Hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk memasak dengan dapur tekanan elektrik ini berbanding empat jam apabila kita menggunakan dapur gas. Jimat tak jimatlah masa kan…Makanan bukan sahaja menjadi empuk dalam jangkamasa yang singkat. Bahkan makanan yang dihasilkan juga lebih kaya rasa!

Philips Pressure Cooker
Chef Marina Mustafa dan Encik Muhammad Ali Jaleel
Menurut Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia sewaktu majlis pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker generasi baru tersebut, Philips telah bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa kerana beliau mempunyai pendekatan inovatif bagi menyediakan hidangan tradisional masak di rumah yang lazat dan sihat.

Philips Pressure Cooker
Nampaknya Dhia Marissa dah tak sabar ni nak suruh Momma beraksi di dapur dengan resepi-resepi hebat daripada Chef Marina.

Philips Pressure Cooker
Terima Kasih Chef untuk buku resepi yang cukup hebat ini.Lepas ni terror lah Sis memasak :p 
Philips Pressure Cooker

Philips Pressure Cooker

Philips Pressure Cooker


APA YANG PATUT KORANG TAHU TENTANG PERIUK BERHARGA RM799 INI SEBELUM MEMBELINYA:


Philips Pressure Cooker

  • Philips All-In-One Pressure Cooker generasi baru ini  dilengkapi sistem masakan pintar, menawarkan pengalaman memasak boleh laras sepenuhnya yang membolehkan kita memasak perlahan atau menggunakan tekanan, dalam satu alat saja.


  • Kita boleh memasak cepat (sauté), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan kita, semuanya dalam satu mesin.


  • Membolehkan kita memasak lapan kali lebih cepat  menjimatkan masa dan tenaga di dapur.

  • Fungsi masak dengan tekanan hadir dengan pelbagai butang menu untuk memasak dan mengukus pelbagai jenis hidangan daripada sup, risotto dan nasi kepada daging dan ayam itik serta membakar kek.


  • Bahagian dalam periuk Philips All-In-One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium adalah sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh dan hasil masakan yang rata.


  • Disaluti dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat.


  • Dengan penjaga masa mudah-diprogram yang member indikasi progres masakan, hari-hari di mana kita perlu meneka sama ada hidangan sudah siap dimasak kini berakhir.


  • Mempunyai sembilan sistem perlindungan keselamatan dan hadir dengan pengawal atur tekanan yang dikawal dengan cip mikro.


  • Sejurus selepas memasak, pengawal atur tekanan akan dipasang secara automatik untuk melepaskan tekanan, jadi kita tidak perlu melepaskan tekanan secara manual atau menunggu hingga tekanan menurun secara biasa sehingga ia alat ini menyejuk.

Philips Pressure Cooker



Jadi, cukup dengan satu Philips Pressure Cooker All Ini One ini membantu memenuhi segala keperluan perut! Terima kasih www.philips.com untuk hadiah yang cukup istimewa buat Sis sekeluarga.


Sekian dulu, sampai jumpa lagi di catatan akan datang.

Lurve,
Sis Anie Mohamed