Sweet sangat ni. Dhia Marissa nak jugak suap Abang Hazmi Hazim minum Vitagen nya.

TENTU RAMAI YANG SUKA MINUM MINUMAN KULTUR INI, TERUTAMA ANAK-ANAK KECIL. JANGAN RISAU, SELAGI TAK EXPIRED DATE NYA, IA MEMANG BAGUS DIMINUM DAN ELOK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN.





Ada banyak jenis minuman susu kultur di pasaran. Tapi, Vitagen menjadi minuman favourite Sis dan juga famili. Lebih-lebih lagi Dhia Marissa. Suka sangat kalau dapat minum Vitagen. Semua perisa, Dhia Marissa suka. Janji Vitagen! Wahh.. gitu! 



Dhia Marissa tak pandang kiri kanan dah kalau dapat minum Vitagen. Nikmat sangat tu!


Tapi kalau Sis, sebelum ada Vitagen Collagen, Sis paling suka perisa Oren. Korang dah cuba ke Vitagen Collagen tu? Kalau belum try lah ya.Selain membantu sistem penghadaman kita, boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih cerah, tanpa cela dan noda. Di samping itu, ia juga mengandungi serat prebiotik dan peptida kolegan kehidupan laut yang menyuburkan kulit dari dalam supaya muka nampak lebih awet muda dan berseri-seri. Teruja, kan? Agak-agak lepas minum Vitagen Collagen ni Sis boleh nampak lebih berseri-serilah hendaknya... :))



Macam botol Vitagen tu jer lebih besar dari Sis huhu..huuhu... 


Kenangan ketika menghadiri sambutan Ulangtahun ke 40 Tahun Vitagen yang cukup meriah.

Apa yang Sis tahu, Vitagen dirumus dengan berbillion bakteria baik yang dikenali sebagai Lactobacillus Acidophilus dan Lactobacillus Casei. Gabungan ini telah membantu menyerap nutrien daripada makanan dan meransang sistem ketahanan badan yang lebih kuat. Selain itu, ia juga membantu menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya, di samping mengurangkan risiko gangguan usus untuk kesihatan sistem penghadaman yang optimal.


ANTARA KEBAIKAN VITAGEN YANG BUAT SIS DAN FAMILI SUKA

1. MEMBANTU MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
Khasiat Vitagen mampu membantu penghadaman dan penyerapan nutrien penting daripada makanan yang kita makan. Jadi, jika kita ingin melancarkan sistem penghadaman, kita sebaiknya minum minuman ini secara rutin pada setiap hari.

Sejak dulu lagi Sis memang suka berikan anak-anak Sis minum Vitagen, terutama kalau dorang ada masalah sukar untuk membuang air besar atau sembelit. Apa yang Sis perasan, selepas dorang minumVitagen secara teratur, masalah sembelit tu tak ada lagi. 

So, kalau anak-anak korang ada mengalami masalah sembelit, try lah amalkan minum susu kultur ini secara teratur. Insya-Allah, dengan izin Tuhan boleh settle masalah ini.


Dhia Marissa dengan Mama Fiza. Seronok sangatlah dapat banyak Vitagen sampai tak tahu nak minum yang mana satu dulu.


2. MENINGKATKAN SISTEM KETAHANAN BADAN
Apabila tubuh kita mempunyai bakteria baik yang masuk, ia akan membuatkan sistem ketahanan badan kita menjadi lebih baik dan tinggi. 

Secara tak langsung dapat membantu menyekat pertumbuhan bakteria jahat yang mengundang berbagai macam penyakit yang akan menyerang badan kita.


3. MENGURANGKAN RACUN PADA USUS
Bakteria jahat yang ada pada usus akan memberikan efek yang sangat buruk kepada kesihatan usus dan juga sistem penghadaman kita.

Jadi, pengambilan Vitagen secara teratur dapat membantu mengurangkan racun yang ada di dalam usus dan membantu meningkatkan pergerakan usus serta mencegah terjadinya masalah pada usus.


4. BOLEH MENCEGAH PERUT KEMBUNG DAN PEDIH HULU HATI
Selain membantu mengurangkan risiko gangguan usus, masalah nafas berbau, cirit birit, ulser, perut kembung dan pedih hulu hati dapat diatasi dengan khasiat Vitagen. 

Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan bakteria jahat boleh membuatkan sistem penghadaman kita menjadi tidak sihat. Jadi, sebab itulah Sis dan famili gemar minum Vitagen untuk sistem penghadaman yang lebih baik.  

 Cukup sampai sini dulu.Semoga info ini bermanfaat untuk semua.



Sampai jumpa lagi.

Lurve
Sis Anie Mohamed