Tempat Berbuka Puasa
Sedap-sedap belaka hidangan berbuka puasa di sini. Memang berbaloi.
DI BULAN RAMADHAN TENTU ADA YANG MENCARI-CARI TEMPAT BERBUKA PUASA  YANG SEDAP DAN BERBALOI. SEMAK SINI!



Ok, sis kongsikan tempat yang boleh korang kunjungi atau masukkan dalam list sebagai port berbuka puasa nanti.

Tempat Berbuka Puasa

1. SANTAPAN KLASIK RAMADAN DI  HOLIDAY VILLA SUBANG
Kesempatan menghadiri Ramadan Food Review untuk buffet Ramadan memberikan Sis peluang untuk menikmati beberapa santapan klasik Ramadan yang penuh nostalgia di Palm Terrace Coffee House, Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang ini.

Terdapat 250 jenis hidangan tradisonal dan juga beberapa hidangan antarabangsa yang pastinya membuka selera kita sewaktu berbuka puasa nanti.

Tempat Berbuka Puasa
Inilah Sup Huru Hara yang memang 'terangkat'!
Paling Sis suka ialah Sup Huru Hara, Daging Rebah Bangun, Ayam Percik Bermadu, Kerabu Jantung Pisang dan Serawa Buah Semangka.Sis makan sungguh-sungguh hari tu, dan semua makanannya sedap. Jadi, jangan teragak-agak untuk berbuka puasa kat sini. Nak ajak Sis dan famili sekali pun boleh hee. heee.. hehe... 

Tempat Berbuka Puasa
Sis dan Kolin Zainal tersenyum puas kekenyangan. Alhamdulillah.
HARGA YANG DITAWARKAN:
RM120nett (DEWASA)
RM74.00 nett (KANAK-KANAK BAWAH USIA 12 TAHUN DAN WARGA EMAS)
TEMPAHAN:  03-56338788 ext. 7211/7201 atau email kan kepada fbrest@holidayvillasubang.com.my.


2. CITARASA 7 KAMPUNG DI HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM
Tempat Berbuka Puasa
Hotel Concorde, Shah Alam tampilkan menu berbuka puasa 'Citarasa 7 Kampung'

Disebabkan Sis tinggal di Shah Alam dan berdekatan Hotel Concorde, sudah pasti ia tersenarai dalam list sebagai tempat berbuka puasa favourite.

Selain ketagih dengan Teh Tarik nya yang cukup ‘kaw’, menu yang disediakan di Melting Port Café Hotel Concorde, Shah Alam ini untuk hidangan buffet Ramadhannya juga lazat.

Antara menu istimewa 'Citarasa 7 Kampung' ialah Daging Masak Hitam dari Teluk Kumbar-Pulau Pinang, Gulai Lemak Udang Galah Dengan Belimbing Buluh dari Kg Seri Menanti-Negeri Sembilan, Kuzi Ayam dari Kg Kempas-Johor, Ayam Percik dari Kg Pasir Mas-Kelantan dan lain-lain lagi.b Korang patut cuba berbuka puasa di sini. Gerenti puas hati walaupun harganya sedikit mahal! 

Tempat Berbuka Puasa
Selepas makan dan sebelum makan sama jer, kami tetap ceria!
HARGA YANG DITAWARKAN:
RM123nett (DEWASA)
RM74.00 nett (KANAK-KANAK BAWAH USIA 12 TAHUN DAN WARGA EMAS)
TEMPAHAN: 03-5512 2200 ext 2440/2406/2210 atau email kan kepada: vee@concorde.net


3. CITARASA DUA SEMPADAN DI LAMAN KAYANGAN, SHAH ALAM
Tempat Berbuka Puasa
Suasana yang menarik dan cukup selesa di Laman Kayangan, Shah Alam.
Ini merupakan tahun kedua Sis dipanggil untuk menghadiri Ramadan Food Review untuk buffet Ramadan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Tempat Berbuka Puasa
Antara lauk pauk yang mengancam selera 
Tahun ini, Laman Kayangan, Shah Alam tampilkan ‘Citarasa Dua Sempadan’ iaitu hidangan dari dua sempadan iaitu Utara Malaysia dan Thailand.Terdapat lebih 100 menu, antaranya Ayam Kari Hijau, Terung Pipit (kaeng Kheiywhwan Ki), Ikan Daun Selasih dengan Cili (Pla Bai Pakapow) serta menu paling istimewa, Murtabak King Segi Seri.

Tempat Berbuka Puasa
Murtabak King Segi Seri memang mengancam habis!

Tempat Berbuka Puasa
Ini antara produk air tangan selebriti Fauziah(Ogy) Dato' Ahmad Daud

Tempat Berbuka Puasa
Sis bersama kengkawan blogger yang turut diundang ke Ramadan Food Review Laman Kayangan Shah Alam
HARGA YANG DITAWARKAN:
RM 59 (DEWASA)
RM 35.00 (KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS)
TEMPAHAN: Puan Nana di talian 019-3117443 atau 03-55424200

4. TRADISI KAMPUNG CETUSAN GEMA RAMADHAN DI THE VENUE SHAH ALAM

Tempat Berbuka Puasa
Tersergam indah... 
Jika ingin menikmati suasana eksklusif di dalam dewan mewah, The Venue Shah Alam boleh dijadikan salah satu tempat berbuka puasaBerkonsepkan Gema Ramadhan, menyajikan dengan pelbagai makanan tradisi kampung yang menyelerakan, terutama Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.

Tempat Berbuka Puasa
Masakan kampung lazat sekali, tapi bab Nasi Arab dan Kambing Panggang tu Sis kalahlah. Sis tak makan daging kambing huhu..huu..

Tempat Berbuka Puasa
Sempat berswafoto dengan Maria Tengku Sabri

Tempat Berbuka Puasa
Sesekali  buat giler, Sis bersama Kolin Zainal dan Intan Saffyna, kawan baru!!  

HARGA YANG DITAWARKAN:
RM63nett (DEWASA)
RM43nett (KANAK-KANAK, 4-12 TAHUN DAN WARGA EMAS)
WAZE: THE VENUE SHAH ALAM
TEMPAHAN: 019- 8585825


5. REJAB TOMYAM


Tempat Berbuka Puasa
Satay, Tomyam, Sata & Otak-Otak di Rejab Tomyam ni memang terbaik!! 

Walaupun Rejab Tomyam sudah lama bertapak di Kampung Batu Tiga, Shah Alam, tetapi Sis baru sahaja tahu. Lokasinya atas bukit dan agak sunyi sikit. Lebih baik kalau korang pergi berteman. Bawak famili ataupun kawan-kawan. 


Tempat Berbuka Puasa
Inilah orang yang perkenalkan Sis dengan tempat makan sedap ni. Thank you  kak Long @ Mama Fiza :))
Sekali pergi Sis dah jatuh cinta dengan kesedapan menu-menu yang terdapat di sini. Tak mahu cerita panjang, pergi sendiri dan nikmatinya! Serius korang tak akan menyesal dan bakal jatuh cinta dengan menunya terutama Satay dan Tomyam!


Tempat Berbuka Puasa
Dhia Marissa sentiasa memeriahkan suasana makan malam kami .
Ok, selamat berpuasa semua. Semoga info tentang 5 tempat berbuka puasa ini membantu korang yang tercari-cari idea lokasi untuk berbuka nanti.

Di kesempatan ini juga Sis ingin memohon maaf andaikata ada kesalahan dan kekhilafan yang belum sempat dimaafkan!

“ Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.
Jika seluruh umur adalah dosa, maka taubatlah ubatnya.

Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah     pemutihnya! ”


Lurve, Sis Anie Mohamed