Penyakit Kanser

PENYAKIT KANSER, 'SILENCE KILLER'! ANCAMAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMATIAN INILAH YANG PALING DITAKUTI OLEH KITA SEBAGAI SEORANG WANITA.



Baru-baru ini di bulan yang baik, Sis telah kehilangan dua orang kakak yang telah Sis kenali sewaktu kami sama-sama bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf dahulu. 


Penyakit Kanser
Kenangan seorang rakan bersama Arwah Kak Linda dan Arwah Kak Mas.
Kredit Foto:Wan Normi Hasan (bertudung merah)
Keduanya telah kembali ke sisi Sang PenciptaNya baru-baru setelah sekian lama berperang dengan penyakit kanser yang ditanggungi. Kak Linda (Editor GPS Bestari) yang menghidap kanser payudara terlebih dahulu di jemput Ilahi.

Selang dua hari selepas itu Kak Mas (Bekas Pengurus Jualan Kumpulan Media Karangkraf) yang menderita kanser hati pula menyusulnya.Memang susah nak discribe perasaan Sis apabila mengenangkan penderitaan yang Kak Linda dan Kak Mas tanggung.Apatah lagi sewaktu menerima berita kematian tersebut. Ternyata, Allah lebih sayangkan mereka. Di bulan yang mulia ini, diambilnya mereka berdua!


Kedua-dua wanita ini punya semangat yang luar biasa.Walaupun mengetahui kanser sudah merebak ke tahap 4, namun Kak Linda dan Kak Mas tidak pernah patah semangat. Di wajahnya sentiasa mengukir senyuman biarpun dalam kesakitan.


Penyakit Kanser
Suasana hening sewaktu jenazah tiba di di Masjid Negeri Shah Alam
Kredit Foto: Nutt
Betullah penyakit kanser ini, pembunuh dalam senyap. Sis betul-betul terpukul apabila menerima berita Kak Mas disahkan menghidap kanser hati. Tau-tau sahaja dah Stage 4!

Sewaktu menerima perkhabaran tersebut, Sis tidak mampu untuk menahan tangisan. Ingat lagi, kami sama-sama sebak menahan rasa dan sebelum mengakhiri perbualan telefon, Sis sempat memberikan kata-kata semangat buatnya. Sis yakin, Kak Mas kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan tersebut.

Setelah beberapa minggu berlalu, Sis  sekali lagi mendapat berita tentang kesihatan Kak Mas semakin memburuk. Sis sekali lagi berkesempatan untuk mengunjungi Kak Mas di kediamannya di Bukit Bandaraya.

Ternyata kunjung kali kedua itu, tidak seperti kali pertama bersua setelah Kak Mas jatuh sakit. Kunjungan pertama Sis dan Kolin ke rumahnya, Kak Mas masih lagi mampu untuk bergurau senda dengan kami. Masih rancak bercerita tentang projek-projek kerja yang ingin kami laksanakan bersama. Kami sememangnya tak sabar untuk melihat Kak Mas kembali sembuh seperti sediakala.

Kunjung kali kedua ke rumah Kak Mas, perasaan Sis rasa amat berbeza sekali. Sungguhpun begitu, Sis masih lagi berpeluang untuk melihat senyuman manis Kak Mas yang sudah lama tidak menemani hari-hari Sis sewaktu pergi assignment ataupun meeting dengan client.

Ingat lagi, pada hari terakhir Sis bertemu dengannya, saat mata kami bertatapan, Kak Mas melemparkan senyuman manis tanpa kata. Sis tahan air mata daripada mengalir, namun tidak berdaya. Airmata Sis tumpah juga di saat Sis bersalaman dan mengucup tangannya.

Kami berdakapan, kelu lidah dan yang terlihat hanyalah airmata yang meluncur deras. Sis kesat airmata yang mengalir di pipinya. Berkali-kali Sis cakap, Sis sayangkan dia dan mahu dia kembali sihat seperti dahulu kala ketika dia meminta Sis mendoakannya agar Allah terus panjang umurnya.

"Anie, doakan Kak Mas panjang umur ya. Kak Mas takut..."

"Ya kak, Anie sentiasa mendoakan akak kembali sihat supaya kita dapat buat kerja sama-sama macam dulu. Anie nak akak sihat. Akak kena terus kuat!"


Kata-kata tersebut , sentiasa membekas di hati Sis dan tiapkali mengingatinya hati terasa amat sebak sekali.


Penyakit Kanser
Al-Fatihah... Kak Mas sentiasa dalam kenangan Sis. Rindunyaaa!!!!
Pertemuan singkat itu membuatkan Sis cukup bahagia.Dan sebelum Sis pulang Sis sekali lagi bersalaman dan mengucup dahinya. Wajah pucat kekuningan. Dalam kesakitan dan kelesuan di pembaringan, sentiasa ada senyuman samar yang terlihat dari wajahnya, senyuman bahagia dan  syukur.Melihat senyuman itu, Sis percaya kalau kesabaran Kak Mas menanggung penyakitnya itu telah membuatkan segala dosa-dosanya gugur! 


Penyakit Kanser
Jenazah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam

Peyakit Kanser
Damailah di sana kak....
Kredit Foto: Nutt
Pagi itu, sewaktu Kolin menghubungi dan menyampaikan berita tentang kepergian Kak Mas, saat itu Sis rasa jantung Sis seperti berhenti berdetak. Sis terdiam, seluruh tubuh rasa lemah. Dan di saat itu juga tangisan Sis pun tumpah!

Hasrat kami untuk melawat Kak Mas sehari sebelum kepergiannya tidak menjadi di saat akhir. Sis bercadang untuk melawatnya pada keesokkan harinya dan Sis memang melawatnya tapi dalam keadaan jasadnya yang sudah kaku!

Innalillahiwainnailaihirojiun.... Al-Fatihah

"Ko dah tak ada kak!
 Ko dah pergi tinggalkan kami
Tinggalkan orang-orang yang ko sayangi
Damailah di sana kak...
Suatu saat nanti kami pula yang menyusul mu!"


Sebenarnya cerita antara Sis dan Kak Mas bukanlah terlalu panjang, tetapi melalui kenangan bersamanya Sis kembali belajar untuk menjadi lebih kuat dan berani.Kak Mas banyak membantu Sis dalam perjalanan syarikat yang Sis usahakan ini.

Sentiasa memberikan sokongan dan kekuatan setiapkali kami bertemu. Kak Mas juga tak pernah lokek dengan segala ilmu dan pengetahuan tentang dunia pengiklanan yang sudah berbaur sebati dalam dirinya.Terima kasih Tuhan kerana meminjamkan seseorang yang sangat baik hati!


Cerita ini hanyalah sekadar pengabadian kenangan. Jika ianya ada hikmah yang boleh diambil, mudah-mudahan ia membawa kebaikan kepada kita semua.


Penyakit Kanser
Doa kami akan sentiasa tercurah untukmu  kak...  
Semoga Tuhan memberikan tempat terindah untuk Kak Mas dan Kak Linda dan menghapus semua dosa-dosanya serta meletakkan roh mereka di sisi orang-orang yang beriman. Semoga Tuhan juga mengangkat segala kedukacitaan kaum keluarga dan sahabat handai yang  ditinggalkannya di dunia ini.

Sayang Kak Linda, Sayang Kak Mas!
Rindu selalu....

Al-Fatihah