Resepi Ayam Black Pepper sememangnya menjadi kegemaran famili sis. Rasanya yang lazat dan sedikit pedas membuatkan sesi rumah ketagihan !
Whoa! Gitu kan… Walaupun Sis tak terror sangat bab memasak ni, tapi Sis suka dan gigih ke dapur.Sekurang-kurangnya bila Sis dah tak ada nanti, anak-anak semua akan rasa rindu dengan Resepi Ayam Black Pepper ‘air tangan’ Sis ini. Huhuu…huu…
Resepi Ayam Black Pepper
Berikut Sis kongsikan Resepi Ayam Black Pepper yang tersangat mudah ini.
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong mengikut selera sendiri)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji bawang Bombay (dipotong bulat)
6 biji bawang merah (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dipotong dua)
3 cm halia (dipotong nipis-nipis)
4 cili padi atau paprika merah/hijau (ikut suka sama ada nak letak ataupun tidak
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
8 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada sulah
2 sudu besar cili giling (yang sudah dikisar)
sedikit air asam jawa
2 kuntum bunga lawang dan kulit kayu manis dan 3 buah pelaga (untuk menumis)
Minyak masak untuk menggoreng
Buah tomato atau kentang (ikut suka sendiri nak letak ataupun tidak)
* Air untuk buat kuah
* Tomato/daun bawang (untuk hiasan)
Baca Juga: Resepi Kari Udang Lazat
Cara Membuat
1. Biasanya Sis akan lumur ayam yang dah siap dipotong dengan air perahan limau nipis atau kasturi untuk membuang hanyir ayam.
2. Setelah siap dibersihkan, Sis akan gaul ayam dengan kunyit sehingga rata.
3. Lepas tu, sila panaskan minyak dan gorenglah ayam tersebut separuh masak. Toskan minyaknya.
4. Kalau korang nak gunakan kuali yang sama pun boleh, tapi kurangkanlah sikit minyaknya.
5. Tumislah bunga lawang, kulit kayu manis, bunga lawang serta bawang Bombay, bawang merah, bawang putih sehingga layu dan berbau wangi.
6. Setelah itu, masukkan cili giling,kicap pekat, kicap manis, sos tiram, sos lada hitam.
7. Kacaulah sehingga rata selama dua atau tiga minit dengan api yang sederhana besar. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
8. Seterusnya masukkan ayam goreng tadi. Kacau sehingga ayam goreng tersebut berbaur sebati.
9. Setelah itu, masukkan 4 gelas air dan masaklah sehingga kuah surut dan pekat. Masukkan juga kentang.
10. Apabila hampir masak, masukkan tomato serta air asam jawa dan yang terakhir lada sulah serta cili padi atau paprika.
11. Jika sudah cukup rasa masin, manis dan pedas, bolehlah tutup api. Sebelum dihidangkan, taburlah daun bawang untuk menambahkan lagi keenakannya.
12. Ok, done! Segeralah dihidangkan bersama nasi panas.
Baca Juga: Kek Tapak Kuda Nutella
0 Comments