RESEPI
BIHUN GORENG, HIDANGAN ISTIMEWA BUAT KELUARGA TERSAYANG INI, CUKUP MUDAH DAN
PRAKTIKAL UNTUK DICUBA DI RUMAH.
Resepi
Bihun Goreng ini yang dikongsikan oleh Ayam Brand™ agak unik. Kombinasi bihun
dan ‘Flakes Spicy Tuna in Olive Oil Ayam Brand’ menghasilkan satu rasa yang
agak berbeza dengan Resepi Bihun Goreng yang pernah kita nikmati.
Untuk
kelainan rasa, tak salah jika kita mencubanya. Yang pasti, sekali makan, nak
tambah lagi!
Oklah,
selamat mencuba.
RESEPI BIHUN GORENG TUNA
BAHAN-BAHAN YANG
DIPERLUKAN:
1
peket bihun, direndam selama 5 minit (tidak terlalu lembut) dan toskan.
1
tin ‘Flakes Spicy Tuna in Olive Oil Ayam Brand’.
Sebiji
lada Benggala merah, hijau dan kuning, dipotong halus memanjang.
2
bawang merah, dicincang halus
8
ulas bawang putih, dicincang halus
4
batang daun bawang, dipotong halus memanjang
1
lobak merah, dipotong memanjang
Minyak
untuk menumis
300ml
air
1 Tin ‘Flakes Spicy Tuna in Olive Oil Ayam Brand mampu menghasilkan Bihun Goreng yang 'supersedap'. |
PERASA:
2
sudu besar kicap soya
Sos
ikan secukup rasa
3sudu
kecilserbuk lada putih
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan
50ml minyak dalam kuali dan goreng bawang dan bawang putih sehingga berbau
wangi.
2.
Kemudian masukkan tuna dengan minyak zaitun. Goreng selama 3 minit.
3.
Tuangkan 300ml air diikuti sos ikan, lada putih dan masak sehingga mendidih.
Masukkan bihun, lobak merah, lada kuning dan lada merah dan renihkan selama 5
minit dengan penutup kuali.
4.
Buka penutup kuali dan Masak bihun hingga semua cecair tersejat.
5.
Masukkan lada Benggala hijau dan perasa secukupnya.
6.
Ok, dah siap pun Resepi Bihun Goreng. Bolehlah tutup api. Hidangkan
semasa panas, Untuk lebih sedap, nikmati bersama perahan limau kasturi dan
sedikit bawang goreng.
Bihun Tuna cukup enak dinikmati ketika hidangan ini masih panas |
Itulah
Resepi Bihun Goreng yang berasa pedas dan enak. Boleh korang cuba membuatnya.
Untuk hidangan sarapan pagi ataupun rumah terbuka pun nanti. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah layari laman web Ayam Brand™
Lurve,
Sis
Anie Mohamed
0 Comments