Resepi Pajeri Nenas

RESEPI PAJERI NENAS INI CUKUP ISTIMEWA SEKALI. SALAH SATU MASAKAN MELAYU YANG CUKUP UNIK DAN KORANG PATUT CUBA.


Biasanya buah nenas ni kita makan mentah jer, cicah dengan garam ataupun kicap. Kecur air liur arrr..... Tak pun buat jus. Sedappppp! Tapi orang dulu-dulu, suka jadikannya sebagai ‘lauk’ yang sangat enak. Lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama nasi panas dengan ikan masin. Pergh! Memang ‘terangkat’ selera! Silap-silap mau tambah tiga pinggan nasi!

Disebabkan emak Sis masih sudi tinggal bersama Sis, menu pajeri nenas ni Sis masak special untuknya. Sis tahu emak Sis suka dan kalau bukan kerana emak ada, menu ini memang tak tersenarai pun dalam hidangan favourite anak-anak Sis. Hehehe.. heheh…

Tapi kalau Sis balik kampung, abang-abang Sis memang suka pajeri nenas. Jadi, Resepi Pajeri Nenas Sis ini akan 'hangat' bila di kampung halaman Sis.

Oklah kita terus sahaja kepada Resepi Pajeri Nenas. Sebenarnya ada pelbagai cara atau versi untuk memasak pajeri nenas. Kalau korang tak nak nenas, boleh juga letak terung. So, jadilah pajeri terung. Hehhe.. heheh…

Tapi, Sis nak bagi tau ni Resepi Pajeri Nenas yang Sis kongsikan di sini, adalah cara atau resepi ‘campak-campak’ yang Sis olah sendiri. Nak tahu sedap ke ‘idok’, korang kena cuba sendiri ya.Baru tahu, menjilat jari ataupun tidak… Hahah..hahaha...



Resepi Pajeri Nenas
Sis pilih Nenas kecil yang manis tu... lagi 'umphh' kesedapannya.Terima kasih Kak Long @ Mama Fiza sebab bagi nenas ni :))

Bahan-Bahan:

Sebiji nenas manis, separuh masak. (Bersihkan dan dipotong dengan ukuran dan bentuk yang sesuai dengan selera kita. Pastikan kita telah membuang bahan tengah nenas yang keras tu tau. Kemudian perap dengan sedikit garam dan gula - kira-kira 10 minit)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 cm kunyit hidup (ditumbuk)
1 genggam ikan bilis (ditumbuk – kalau nak guna udang kering pun boleh tapi Sis suka pakai ikan bilis)
2 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
8 sudu besar serbuk kari (dibancuh sedikit dengan air -jenis apapun tak kisah ikut suka sendiri)
½ batang kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
5 helai daun kari
1 sudu air asam jawa
4 sudu besar kerisik
1 cawan santan
Air, garam, gula,kicap,sos tiram dan serbuk perasa secukupnya.

 
Resepi Pajeri Nenas
Serbuk kari yang menjadi pilihan. Sis  suka campur tiga jenis serbuk kari ni ya. Sedap!

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit  dan ikan bilis yang sudah ditumbuk halus sehingga berbau wangi.

2. Kemudian, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari.

3. Kacau lagi sehingga naik lagi bau wanginya. Setelah itu, masukkan cili kering yang sudah dikisar.

4. Bila sudah garing sedikit, masukkan pula serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air tadi. Kacau sehingga sebati.

5. Setelah itu, masukkan pula kerisik, garam, gula, kicap, sos tiram dan serbuk perasa. Gaul lagi sehingga sebati.

6. Kacau rata, kemudian masukkan nenas yang sudah dipotong dan diperap dengan sedikit gula dan garam tadi.

7. Masukkan santan. Biarkan mendidih dan apabila kuahnya hampir pekat masukkan sedikit air asam jawa.

8. Kalau dah  cukup semua rasanya,  manis, masin dan masam serta masak, bolehlah tutup api dan bolehlah dihidangkan. 


Resepi Pajeri Nenas
Ok dah siap pun... Kalau tak nak kuah banyak, boleh keringkan lagi.Biar pekat, tapi Sis suka berkuah sikit. Kuahnya  sedap tu...


Akhirnya dah siap pun. Nampak sedap, betul tak? Alrite, selamat mencuba Resepi Pajeri Nenas. Sampai ketemu lagi di resepi yang akan datang... hahaha.. selagi masih rajin! :p


Jumpa lagi. Tata...


Lurve, 
Sis Anie Mohamed