Patchi Malaysia

WOW! PEMINAT COKLAT PASTI TERUJA DENGAN BERITA BAIK INI. BARU-BARU INI PATCHI MALAYSIA TELAH MERAIKAN PEMBUKAAN BUTIK KE-3 DI PAVILION ELITE, KUALA LUMPUR YANG BERPRESTIJ.


Patchi Malaysia kini menampilkan konsep interior barunya yang lebih signifikan dengan kreativiti cukup elegan.Bagi korang yang belum tahu apa itu Patchi, apa yang hebat sangat tentang coklat Patchi ini, Sis story sikit ya.

Jenama Patchi ini mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2003, dengan pelbagai tawaran hadiah coklat untuk sebarang majlis.Sebelum itu jenama ini memulakan perjalanannya pada tahun 1974 dengan satu butik di Hamra Street, Beirut. Sejak hari pertama lagi Patchi sudah menonjol persembahan yang unik.

Menurut kata Nadine Abi Habib, Pengurus Franchise Country, Patchi Global, konsep unik itu telah mendapat permintaan yang tinggi dan membolehkan perniagaan terus berkembang di seluruh dunia. Sekarang Patchi sudah berada di 20 buah negara dengan rangkaian lebih daripada 190 butik.


Patchi Malaysia

Menurut Yazeed Dato ‘Kayoom, Ketua Bahagian Peruncitan dan Operasi, Patchi Malaysia pula,Patchi Malaysia sentiasa berusaha mencipta konsep hadiah coklat terbaru. Dengan koleksi Gourmandine mereka menawarkan dunia coklat terbaik ke pasaran Malaysia dengan membawa pakar penghias hadiah coklat antarabangsa.Koleksi ini sesuai untuk pelbagai musim perayaan dan acara yang disambut oleh penduduk tempatan. 

KONSEP HADIAH COKLAT
Patchi Malaysia
Cukup eksklusif...
Coklat Patchi adalah satu bentuk hadiah untuk dikongsi dengan orang tersayang bagi menjadikan momen-momen tersebut tetap terpahat di ingatan. Dua aspek utama iaitu penghasilan coklat dan persembahan hadiah yang unik menjadi kekuatan. 

Bahkan coklat ini dicipta daripada bahan berkualiti premium di kilang-kilang yang dikawal rapi. Setiap kepingan coklat Patchi dibungkus dengan sempurna dan digubah dengan tangan, kemudian dipersembahkan secara elegan dalam pakej yang berbeza untuk pelbagai majlis.


PELBAGAI PILIHAN DAN PERISA COKLAT
Patchi Malaysia
Hadiah coklat untuk konsep bayi pun ada tau...
Butik ini adalah destinasi untuk korang yang mencari hadiah coklat unik dan premium untuk dikongsi dengan orang tersayang pada bila-bila masa dan  hari. 

Kewujudan butik ini adalah bukti akan semangat inovatif dan ‘savoir-faire’ jenama Patchi. Ia juga mempamerkan bagaimana Patchi sinonim jolokan “HEARTMADE”.

Butik yang berkeluasan 1,152 kaki persegi menawarkan pilihan yang menarik. Dengan interior terkini yang serba mewah dan eksklusif ia mampu memberikan pengalaman membeli belah yang tersendiri kepada pelanggan.

Koleksi coklat termasuk 55 perisa, hingga kepada pelbagai pilihan bungkusan dan kotak hadiah, bekas kristal dan perak pun ada.Tidak terkecuali hadiah elegan untuk konsep pengantin dan bayi. Memang cantik! 

Tahniah buat Patchi Malaysia di atas pembukaan butik barunya ini.Kalau ada masa tu, silalah berkunjung ke Butik Patchi ini dan nikmati sendiri keseronokkan membeli belah di situ. 
Coklat-coklatnya memang sedap dan kena dengan taste Sis. Sambil-sambil ketuk story, laju jer coklat Patchi ni masuk ke mulut Sis. Tau-tau sahaja dah habis sekotak! Hahha...  Sedap sangat!









Oklah cukup sampai di sini. Ketemu lagi nanti. Tata!

Lurve, 
Sis Anie Mohamed