Resepi Gulai Tempoyak

JIKA KORANG SUKA MAKAN TEMPOYAK, JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENCUBA RESEPI GULAI TEMPOYAK VERSI KARAK, PAHANG INI!

Hahahhaa…. Disebabkan Sis orang Karak, Pahang jadi Sis share lah Resepi Gulai Tempoyak yang menjadi menu favourite kaum keluarga Sis.  Gitewwww….

Rasanya semua orang tahu, negeri Pahang terutama daerah Temerloh cukup popular dengan masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ramai yang datang dari jauh ke Temerloh semata-mata mahu menikmati Gulai Tempoyak Ikan Patin yang cukup ‘marvelous’. Itulah penangan Gulai Tempoyak Ikan Patin!

Tapi kan.. tapi kan.. ramai yang kata Sis rugi… nama jer orang Pahang, tapi tak makan Gulai Tempoyak Ikan Patin! Rugi eh! Hahhaha… apa nak buat, ikan patin tidak memenuhi selera tekak Sis. Sungguhpun begitu, Gulai Tempoyak tetap menjadi pujaan tekak Sis .. hahhaa…

Semua boleh adjust! Hahhaa… Tak bermakna Sis tak makan ikan patin, jadi Sis tak boleh menikmati masakan Gulai Tempoyak. Jadi, Sis tukarlah ikan patin tu dengan ikan-ikan lain yang memenuhi selera.Paling penting, ikan tu mestilah yang tak ada banyak tulang. Kalau tak, jenuh ler Sis jadi tukang buang tulang ikan tu nanti!

Resepi Gulai Tempoyak
Kalau belum pernah try, Gulai Tempoyak Ikan Tenggiri. Harus cuba ok, sedappppp!
Kredit foto: Mr.Google
Nak lagi terangkat, Gulai Tempoyak tu mesti pedas berapi, ada petai, ada daun kesom dan letak juga daun ‘chemomok’. Daun ni Sis tak pasti ada yang tahu ke tak, tapi emak Sis kalau masak Gulai Tempoyak mesti letak daun ni. Tu lah pasal, Sis pun letak dan sanggup tanam pokok ‘chemomok’ ni tau…

Resepi Gulai Tempoyak
Nilah pokok 'Chemomok' tu.Macam daun pokok kunyit pun ada, tapi bukan ya. Daun 'Chemomok' ni baunya sangat menyengat... huhu.. ala bau pijat! Tapi, bila letak dalam Gulai Tempoyak tu, meraung sedap! Hahhaa.... :p
Okaylah kita terus kepada Resepi Gulai Tempoyak Ikan Tenggiri. So, kalau nak guna ikan patin pun boleh… tak ada masalah cuma tukar jer lah ya. Step memasaknya, tetap sama jer.

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN TENGGIRI

5 keping ikan tenggiri, dibersihkan dan dipotong-potong.
(Untuk menghilangkan hanyir ikan, biasanya Sis akan lumur ikan tenggiri ni dengan perahan air limau kasturi)
Tempoyak (nak letak banyak mana tu, ikut citarasa sendiri. Kalau Sis, suka pekat sikit… so letak banyaklah sikit… hehe.. hehhe)
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
6 tangkai daun kesum
Sedikit mentimun tua sebagai bahan perencah (nak letak bendi pun boleh)
10 biji cili padi (dikisar halus, kalau malas potong-potong pun boleh)
4 cm kunyit hidup (dikisar halus)
6 ulas petai (tak nak letak pun ok)
Daun ‘Chemomok’ dibelah dua (kalau tak tahu atau tak ada, tak payah letak. Kalau ada, harus letak tau… menyedapkan lagi Resepi Gulai Tempoyak ni hehehehe… tu rahsia Sis hihhi… )

CARA MEMASAKNYA:
1. Campurkan kunyit dan cili padi yang sudah dikisar tadi bersama tempoyak,petai, daun ‘Chemomok’ dan sedikit air. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan tenggiri yang sudah dilumur dengan sedikit kunyit dan garam. Biarkan ia terendam selama 15 minit supaya semua bahan tu bersatu. (Rahsia kesedapan!)
3. Setelah itu naikkan ke atas api kecil. Setelah mendidih masukkan lagi air secukupnya.
4. Masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa serta mentimun tua.
5. Biarkan sehingga mendidih kembali atau hingga ikan tersebut masak. Kemudian masukkan lagi lebihan daun kesum yang ada.
6. Jika sudah cukup rasa, kuah cukup pekat, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Gulai Tempoyak
Gabungan rasa daun 'Chemomok', daun kesom dan petai menambahkan lagi kelazatan Resepi Gulai Tempoyak Ikan Tenggiri nih.
Resepi Gulai Tempoyak ini yang Sis kongsikan ini memang cukup unik rasanya. Elemen rasa masam, manis dan pedas memang cukup menambat selera. Apatah lagi apabila dinikmati bersama nasi panas, ulam-ulaman serta sambal belacan.

Resepi Gulai Tempoyak
Antara menu yang tidak dapat dipisahkan dari dapur Sis hehe... heheh...
Selamat mencuba Resepi Gulai Tempoyak yang memang menyelerakan ini.

Sekian dulu. Jumpa lagi.


Lurve,
Sis Anie Mohamed