SARAPAN ADALAH WAKTU MAKAN YANG PALING PENTING.
TAPI RAMAI DI ANTARA KITA YANG SUKA MELENGAH-LENGAHKAN WAKTU MAKAN INI KERANA
TERLALU SIBUK. (HE...HE...HEH… DULU, SIS MEMANG MACAM TU. TAPI, SEKARANG TIDAK LAGI.
HAHAHHA..)
Roti sering menjadi pilihan Sis seisi rumah untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Khasiatnya pun banyak dan senang nak menyediakannya. Macam-macam menu yang boleh kita buat dengan menggunakan roti.
Oklah... Jom, kita cuba RESEPI TUNA SANDWICH (CROISSANT) ini.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* Roti Bulan Sabit (Croissant - beli yang dah siap jer… kat Giant pun ada…hehhe)
* Keju (kerat dua atau nak siat-siat pun boleh)
* Morzella
* Mayonnaise
* Chilli Tuna + Sardines atau Mackerel (selalunya Sis campur- kalau tak nak, guna salah satu pun ok - lenyek-lenyekan dan letakkan sedikit garam dan kicap manis. Baur hingga sebati)
* Salad/Tomato/Timun/Kobis/Bawang (apa sahaja jenis sayuran yang korang suka nak letak.)
* Sos Chili
* Sos Lada Hitam (nie pun ikut suka .. nak letak atau tak)
* Sos Lada Hitam (nie pun ikut suka .. nak letak atau tak)
CARA MEMBUATNYA:
1. Croissant tu dibelah tengah tanpa putus. Jika nak belah dua pun boleh. Ikut suka hati sendiri.
2. Kemudian masukkan tuna yang sudah digaul sebati tadi. Nak letak banyak mana, ikut koranglah
3. Letak sayuran
4. Tutupkan dengan keju
- Atas keju tu, letak sos cili, mayonnaise dan sos lada hitam. (teknik memanjang atau zig zag)
5. Kemudian, tabur morzella
6. Panaskan dalam microwave oven, selama 3 saat.
7. Taadaaaaa..... dah siap pun. Selamat menjamu selera!
Cuba tau resepi yang Sis kongsikan ini. Kalau sedap, boleh buat lagi nanti k!
Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
2 Comments
Wah.. Mudah sangat ni. Sedap juga tu :)
ReplyDeleteJom Ketahui Punca Hb Rendah Semasa Mengandung
Kena cuba resepi ni tau... :)
Delete