expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 2 August 2017

RESEPI BISKUT BEBOLA KACANG MENTEGA

Resepi Biskut Bebola Kacang Mentega




SENANG GILER TAU BUAT BISKUT BEBOLA MENTEGA KACANG NIE. RESEPI INI SEBENARNYA SIS REMBAT KAT BELAKANG KOTAK NESTLE CORNFLAKES, TAPI SIS UBAH SUAIKAN SIKIT, IKUT ‘SUKA-SUKI’ HATI SIS. NAK TAHU SEBAB APA SIS KATA SENANG GILER? SEMUA NIE PASAL TAK PAYAH NAK SUMBAT DALAM OVEN! 
   

 Gaul-gaul aje kesemua bahan....  sejukkan jer dalam peti sejuk, dah settle.  
Budak-budaklah yang paling suka, sebab ada coklat! Disebabkan terlalu senang untuk menyediakannya, hero-hero Sis nie pun boleh buat sendiri if mereka rasa nak makan. Bayangkan betapa mudahnya kan…  Ok, selamat mencuba ya.

Resepi BIskut Bebola Kacang Mentega

Bahan-Bahan:
* Paper Cup
* Manik berwarna-warna utk ditabur sebagai hiasan. 
(itu pun kalau naklah… kalau tak biar plain je pun ok)


Resepi BIskut Bebola Kacang Mentega


Bahan A
150g  sebarang kekacang (ikut suka hati… boleh letak walnut, badam, gajus dan lain-lain 
->  dicincang dan disangai ‘manja-manja’ untuk rasa yang lebih ranggup. Kalau malas macam Sis nie, beli yang dah siap-siap cincang hehehe..) 
240g  Conflakes


Bahan B
300g coklat masakan dicairkan - (tapi Sis biasa beli yang dah siap-siap dicairkan. Biasa le org malas hehhe…hhehe…)
300g peanut butter (nak sedap pilih yang kasar, tapi kalau dah tak ada Sis hentam Nutella je)
Resepi BIskut Bebola Kacang Mentega


Cara Membuat:
-> Firstly, campurkan Bahan A dan B dalam satu bekas. Gaul sehingga ia menjadi sehati sejiwa. Chewahhh!
-> Lepas tu bolehlah cedok, bentukkan adunan menjadi bola-bola kecil  dan masukkan ke dalam paper cup yang comel.
-> Sejukkan dalam peti sejuk, lebih kurang dalam dua jam.
-> Nak nampak lebih menyelerakan, celupkan bebola  tu dengan coklat cair dan taburlah dengan topping yang disukai. Contohnya, manik berwarna warni.


Resepi BIskut Bebola Kacang Mentega

Dah siap. Mudah sangat-sangat, kan? Selamat mencuba ye.

Jumpa lagi.

Lurve, 
Sis Anie Mohamed

No comments:

Post a Comment