Mata Panda

TAK SANGKA,  MATA PANDA ATAU LINGKARAN HITAM BAWAH MATA JUGA BOLEH DISEBABKAN OLEH MAKANAN YANG KITA MAKAN.


Selama ini apa yang Sis ingat mata panda... eye bag yang muncul di bawah mata selama ini hanya disebabkan mata penat dan kurang tidur, masalah ketidakseimbangan hormon, alergi ataupun kekurangan vitamin C.

Rupa-rupanya pemakanan juga boleh menjadi salah satu faktor munculnya mata panda.Nampaknya lepas ni sesiapa pemilik mata panda seangkatan dengan Sis, kita kena lebih titik beratkan soal pemakanan. Itupun kalau kita nak dapat bawah mata yang lebih menawan tanpa cela hitam! Huhuhu....

CHECK IT OUT!

INILAH ANTARA MAKANAN YANG MENYEBABKAN MUNCULNYA MATA PANDA: 


Mata Panda

1. KOPI
Kopi mampu meningkatkan energi di pagi hari, sebab kandungan kafein di dalamnya mampu membuatkan hormon adrenalin di dalam tubuh sehingga membuatkan kita jadi lebih bersemangat. 

Tetapi kalau mengambilnya terlalu banyak, ia juga memberikan efek buruk untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Lebih-lebih lagi jika di ambil di malam hari kerana kopi dapat merampas waktu tidur mata dan menimbulkan lingkaran hitam di bawah mata.



Mata Panda


2. MAKANAN YANG BANYAK GARAM
Makanan yang kaya dengan garam atau sodium mampu mengikat kadar air yang ada di dalam tubuh badan. Perkara ini boleh menyebabkan mata benggak dan munculnya lingkaran hitam di bawah mata. 


Biasanya makanan dan minuman berpengawet  dan junk food mengandung kadar sodium yang cukup tinggi.Sodium ini boleh menyebabkan timbulnya mata panda kerana mengundang penyerapan cairan di rongga bawah mata.


Manakala minuman beralkohol pula boleh membuat badan kita  dehidrasi. Apabila badan mengalami dehidrasi ia akan mengakibatkan jaringan kulit di bawah mata kita menjadi kurang anjal dan kendur.

Jadi, sebab itulah kita kena pilih-pilih makanan yang hendak dimakan. Jangan ambil yang kandungan garamnya terlalu tinggi walaupun ia sedap sangat!

Mata Panda


3. COKLAT
Alamak, coklat!  Walaupun banyak manfaat kesihatan yang tersembunyi di dalamnya. Mengambil terlalu banyak coklat juga boleh menyebabkan munculnya lingkaran hitam di mata, disebabkan kandungan kafein di dalamnya.

Terlalu banyak makan coklat bukan sahaja membahayakan kesihatan, bahkan kecantikan kulit juga boleh terjejas.



Mata Panda


4. MENTEGA KACANG
Oooii memang sedap… buat kuih ataupun disapu pada roti.  Namun, di sebalik rasanya yang sedap itulah ada perkara yang perlu kita waspada. 

Kandungan kalium yang terdapat dalam mentega kacang ini boleh menyebabkan munculnya mata panda.

Apapun selain daripada mengurangkan makanan yang boleh menyebabkan mata panda,kita juga harus mengambil makanan yang sihat serta menjaga kesihatan kita dengan baik. Paling penting, tidur dan rehat perlu cukup!

Okaylah, sama-sama kita mencantikkan kembali mata panda kita tu ya. Nanti Sis share, tips menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mengatasi mata panda ni k.

Jumpa lagi. Tata!

Lurve,
Sis Anie Mohamed