RESEPI SARAPAN SIHAT: SARDIN TOASTS

Sarapan Sihat

SELALU TAK KORANG SKIP BERSARAPAN PAGI? KALAU SELALU CUBALAH UBAH KEBIASAAN TU. DENGAN BERSARAPAN, BADAN KITA AKAN MENJADI LEBIH BERENERGI. PASTIKAN KITA MENGISI PERUT DENGAN PENGAMBILAN MENU SARAPAN SIHAT.

Selain membuatkan badan kita jadi lebih berenergi, pengambilan sarapan sihat juga dapat memberikan kesan positif lain untuk kesihatan, seperti mengawal berat badan, mencegah kadar kolesterol dan meningkatkan kosentrasi  dan juga semangat kita ketika bekerja.

Jom kita mulakan hari dengan mencuba resepi sarapan sihat yang dibawakan oleh Ayam Brand ini. Serius, senang giler untuk membuatnya.

RESEPI SARAPAN SIHAT: SARDIN TOASTS
Sarapan Sihat


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
I tin sardin(extra virgin olive oil & chilli)
4 keping roti putih
2 keping cheddar keju
1 biji tomato (dipotong kiub besar)
1 biji bawang merah (dicincang halus)
1 sudu besar serbuk jintan putih (cumin)
Garam secukup rasa
50gram mentega ataupun marjerin

Sarapan Sihat
Tomato dan bawang dipotong dadu

CARA MEMBUATNYA:

 1.Tuangkan minyak dari tin sardin.

2. Setelah minyak tersebut panas, gorengkan bawang bersama tomato sehingga berbau wangi

3. Kemudian masukkan serbuk jintan putih dan sardin. Masak selama 2 minit.

4. Tambah garam secukup rasa dan bolehlah tutup api.

5. Gunakan garfu untuk melenyek atau menghancurkan campuran tadi dan tambahkan mentega atau marjerin.Boleh juga gunakan mesin pengisar kalau korang nak.

6. Bahagikan campuran tadi dan saukan di atas 4 keping roti. Jangan lupa letakkan setengah keping keju di atasnya.

7. Setelah itu, boleh dibakar sehingga ranggup.

8. Bila dah siap, bolehlah dihidangkan. Sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang. Waallaaa sedap sangat tau!!

Okaylah Selamat Mencuba Resepi Sarapan Sihat: SARDIN TOASTS yang dibawakan oleh Ayam Brand ini.
Sarapan Sihat
Waaalaaa.... Sedap, rugi kalau tak cuba resepi nie hehe...


Jumpa lagi

Lurve,
Sis Anie Mohamed





Post a Comment

0 Comments