KALAU TERINGIN NAK RASA TEH PALING SEDAP, JOMLAH KITA PEKENA TEH AIS THAI YANG SEGAR DAN KAYA DENGAN RASA TEH SEBENAR DI CHILL CHILL INI.
Kalau
korang memang suka makan di Boat Noodle, sudah pasti sedar kewujudan Teh Ais
Thai ini sebab ia telah menjadi sebahagian daripada senarai menu di resetoran
tersebut.
Chill
Chill merupakan salah satu cabang
perniagaan milik Utara 5 F&B Sdn.Bhd. (U5FB). Amat membanggakan dalam
tempoh 36 bulan sahaja, U5FB telah membuka 55 cawangan di seluruh negara
menerusi jenama milik mereka iaitu Boat Noodle, Chill Chill, MKN dan C&C. Hebat, kan?
Pada
akhir tahun lepas, Chill Chill telah memperkenalkan model kios. Langkah
tersebut diambil bagi membolehkan kita semua menikmati Teh Thai kegemaran kita
di kios-kois yang sebelum ini hanya boleh dinikmati di Boat Noodle sahaja.
Menurut
Pengasas U5FB Sdn. Bhd., Tony Lim, beliau tidak pernah lupa untuk memulakan
harinya dengan secawan teh tarik segar. Ketika membuat beberapa lawatan ke
Thailand, beliau telah merasa keenakan Teh Ais Thai (Cha Yen). Sejak daripada
itu, ia telah menjadi minuman pilihannya kalau tak ada teh tarik.
“Keenakan itu membuatkan saya berfikir bahawa
saya perlu memperkenalkan nikmat Cha Yen ini kepada rakyat Malaysia. Saya dan
pasukan saya telah bekerja keras untuk menghasilkan ramuan Cha Yen yang
sempurna iaitu versi yang lebih ‘kaw’ yang sesuai dengan cita rasa peminat teh
tempatan,” beritahunya panjang lebar.
Antara
minuman istimewa di Chill Chill
termasuklah Cha Yen (Teh Thai), Kaffe Yen (Kopi Thai), Cha Keow Yen (Teh Hijau
Thai) dan Cha Manao Yen (The Lemon Thai). Apa yang menariknya juga terdapat
lebih daripada 31 perisa minuman yang padat dengan rasa, disediakan segar
secara individu mengikut pesanan pada harga berpatutan antara RM6.90 dan
RM12.90. Di samping itu kita juga boleh pilih beraneka jenis ‘topping’ mengikut
kegemaran kita seperti serbuk oreo, jeli
kopi, krim putar dan puding mangga.
Jadi,
kalau minat teh tarik atau teh ais jomlah kita nikmati Teh Thai ini
sepuas-puasnya. Nak tahu lebih lanjut tentang Teh Thai ni layari https://www.facebook.com/chillchilllah/
atau https://www.instagram.com/chillchill.my/dan jangan lupa #chillchilllah ya!
Ok sekian dulu. Jumpa lagi di catatan akan datang.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Ok sekian dulu. Jumpa lagi di catatan akan datang.
Sekali rasa, nak lagi!! Sis dan teman-teman terus menjadi peminat setia Teh Ais Thai di Chill Chill |
Sis Anie Mohamed
0 Comments