Biskut Belvita Breakfats


DAH TRY BISKUT BELVITA BREAKFAST PISANG & OAT? KALAU BELUM, WAJIB CUBA SEBAB BISKUT LAZAT INI MEMANG SESUAI MENEMANI SARAPAN PAGI AGAR KITA JADI LEBIH BERENERGI DAN PENUH SEMANGAT!


Tak dinafikan kesibukan adakalanya membuatkan kita sering mengabaikan sarapan pagi. Padahal bersarapan pagi ni sangat penting supaya badan kita jadi lebih berenergi.

Apa yang buat Sis suka dengan Biskut Belvita Breakfast ni, selain daripada rasanya yang enak, ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja yang Sis mahukan. Tak semestinya pada waktu sarapan pagi. Memang sedap kalau dicicah dengan air kopi ataupun teh o panas. Terangkat beb! Hahha… hahaha…

Okaylah, kat sini Sis nak cerita sikit tentang pelancaran produk ini. Baru ini Mondelēz malaysia (mondelēz) telah memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belvita breakfast, iaitu belvita pisang & oat (belvita banana & oats). Ianya bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.


Biskut Belvita Breakfats

Kalau korang nak tahu, semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan hebat di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

Menurut Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International, rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa.

Jadi, sebab itulah mereka telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia.

Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, mereka yakin dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang.

Biskut Belvita Breakfats
Oat & Pisang, gabungan rasa yang penuh khasiat!
Lagipun menurut beliau, biskut belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.

Selain itu, Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangannya tentang kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.

"Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Di samping itu, ia turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes.

Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ini merupakan satu cara yang sangat baik untuk mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Biskut belVita Breakfast boleh dinikmati bersama hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Sebaiknya digabungkan dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Menurut Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah, jadual hariannya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat.  

Jadi, dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting baginya bagi  membolehkan dia memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas.



Bagi Hasen Lee, Biskut Belvita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi hari yang paling sibuk.

Selamat menikmat Biskut Belvita Breakfast yang cukup enak ini. Segarkan pagi hari kita dengan penuh energi dan semangat dengan menikmati biskut enak ini! 

Sampai jumpa lagi. Tata!

Lurve,
Sis Anie Mohamed