Cili Tuna Ayam Brand

BAGI YANG BELUM CUBA MENIKMATI 3 RANGKAAN CILI TUNA AYAM BRAND™ YANG LEBIH ‘HANGAT’ TIGA TAHAP KEPEDASAN INI, PATUT MENCUBANYA. LEBIH-LEBIH BAGI KORANG YANG SUKA MAKAN PEDAS!


Kalau korang nak tahu, Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan iaitu cili dan tuna di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat.

Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot.

Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggara sejak 125 tahun dahulu.Rasanya pun, korang pun dah sedia maklum dengan keunggulannya. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tinggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan.

Korang pernah dengar tak Kempen ‘We Care, We Are Family’. Kempen ini merupakan salah satu usaha Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk kita-kita, khususnya rakyat Malaysia yang suka makan cili dan tuna.
Cili Tuna Ayam Brand
LightOriginal dan yang paling terkini, Fire-Hot.
Vote for Fire-Hot! Hahha.. haha...

Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan supaya fungsi dengan lanca. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi serta mengurangkan risiko penyakit jantung .

Manakala isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi yang ingin menjaga berat badan. 
Chili Tuna Ayam Brand


LEBIH PEDAS, LEBIH SEDAP!
Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot dikatakan mempunyai tahap kepedasan lima cili yang oleh membuatkan kita menangis kegembiraan. Wahh… gitu!

Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna, tapi bagi orang yang hantu cili macam Sis, semua tu ok sahaja. Hihii.. hihi…

Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat bagi korang yang tak suka nak pedas-pedas sangat.

Kalau korang nak pedas-pedas manja,  boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili.

Cili Tuna Light dikatakan pilihan paling sesuai bagi kita yang mahu menjaga berat badan. Ini adalah kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain.

Apa lagi yang menarik, ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada kita dengan menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Jadi, jomlah kita nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia.

BERIKUT 3 RESEPI RANGKAIAN CILI TUNA AYAM BRAND YANG BOLEH DICUBA: 

Chili Tuna Ayam Brand

QUICHE KELAPA DAN TUNA PEDAS
(untuk 4 hidangan)

Bahan-Bahan:
·   1 sebuku roti wholemeal, tepi roti dibuang
·   185 g tin Ayam Brand cili tuna
·   ½ sudu teh serbuk kunyit
·   2 bawang merah , dicincang
·   200ml Santan Ayam Brand
·   2 biji telur, dipukul perlahan
·   garam, secukup rasa

   CARA MEMBUATNYA:

·  1. Griskan tempat acuan cupcake/muffin, ratakan kepingan roti dalam setiap lubang acuan dan trim tepi.
·   Panaskan ketuhar pada suhu  180 ° C.
·  
   2. Campurkan tuna dengan bahan-bahan lain dan isi cawan roti tersebut.
·  
   3. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak.
·   
   4. Biarkan sejuk dan hidangkan.

Chili Tuna Ayam Brand

KEK TUNA DAN KELEDEK
(untuk 4 orang)

Bahan-Bahan:
·   185 g cili tuna Ayam Brand
·   400 g sweet potato/keledek, dikupas dan dikukus atau dibakar
·   100 g kubis, dihiris nipis
·   100 g coklat bawang
·   100 g lobak merah, parut atau dihiris
·   2 batang daun bawang,dihiris
·   3 biji telur
·   1 sudu besar tepung jagung

CARA MEMBUATNYA:
1.  Lenyek tuna bersama keledek , kubis, bawang , lobak merah dan daun bawang.
·   
    2. Didalam mangkuk cetek berasingan, pukul telur dan tepung jagung.
·   
    3. Ratakan campuran tuna kepada bentuk kek bulat dengan ketebalan 2cm.
·   
    4. Minyakkan kuali dan panaskan sedikit.
·  
    5. Rendam kek ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali sehingga perang keemasan dan rangup.
·   
    6. Hidangkan dengan sos cili.

 

Chili Tuna Ayam Brand

TUNA BERGEDIL

Bahan-Bahan:
 1 tin 185g Ayam Brand™ Chilli Tuna Fire Hot 
 1 tandan koriander segar, dicincang 
 1 cili merah, dipotong 
 1 bawang merah kecil, dihiris
 1 telur
 1 tomato kecil mentah, dipotong dadu kecil
 2 kentang kecil, direbus dan dilecek
 Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
   1. Campurkan semua bahan-bahan dan bentukkan patties 2"

2. Goreng hingga kuning keemasan dan jadikan ia burger mini dengan sayur salad, mayonis dan bawang merah dihiris.

3. Hidangkan untuk makan siang ataupun malam.


Okaylah itulah 3 resepi yang dibawakan oleh Ayam Brand™ 

Selamat mencuba ya dan kalau nak tahu lebih banyak lagi resipi menggunakan tuna, layari  http://www.ayambrand.com.my/recipe.html atau tonton video-video enak di https://www.youtube.com/ayambrandmalaysia


Tata!!!

Lurve,
Sis Anie Mohamed