Tegangkan Kulit Muka

PETUA TEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI INI MAMPU MENYAMARKAN KEDUTAN SERTA TOMPOK-TOMPOK HITAM DI WAJAH. SELAIN ITU PETUA SEMULAJADI INI JUGA AKAN MEMBUATKAN MUKA KITA JADI LEBIH ANJAL DAN CERAH.

Peningkatan usia membuatkan kulit kita mula menurun tahap keanjalannya dan proses regenerasi kulit juga menjadi lebih lambat. Ini membuatkan garis-garis halus serta kedutan di sekitar mata, mulut dan dagu semakin jelas kelihatan.

Tegangkan Kulit Muka

 Bagi korang yang yang mempunyai masalah seperti Sis he.. hehe… janganlah serius sangat, susah hati ok. Kita cuba praktik petua tegangkan kulit muka secara semulajadi ini di rumah. Mana tahu serasi dan dapat menyelesaikan masalah ‘kekertuan’ kita ini.

BERIKUT PETUA TEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI:
Tegangkan Kulit Muka

1. PUTIH TELUR
Telur sememangnya kaya dengan protein dan mempunyai banyak khasiatnya. Untuk tegangkan kulit muka, kita ambil bahagian putih telurnya sahaja.

Kemudian, sapukan putih telur secara merata di seluruh muka dan biarkan sampai kering. Setelah itu, barulah  muka dibersihkan dengan air suam dan diakhiri dengan air biasa.  Lakukan secara rutin, paling kurang dua minggu sekali.

Tegangkan Kulit Muka

2. MADU DAN SUSU
Selain mampu menegangkan kulit muka, susu dan madu juga berupaya membautkan kulit muka kita menjadi lebih cerah.

Cara membuatnya juga sangat muda, campurkan 1 sudu kecil madu dengan 5 sudu kecil susu serta setitis minyak vitamin E.

Kemudian sapukan ramuan yang sudah digaul sebati ke muka. Biarkan selama 15 minit, sebelum muka dibersihkan. Lakukan petua ini secara rutin, dua kali seminggu.

Tegangkan Kulit Muka


3. PISANG
Buah ini boleh digunakan sebagai masker yang berfungsi untuk menegangkan kulit muka. Jadi, ambillah sebiji pisang masak, kupaskan kulitnya.

Kemudian hancurkan buah pisang dengan menggunakan garfu ataupun sudu. Lenyek sehingga lumat, kemudian lumurlah ke muka secara merata. Setelah itu, biarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan dengan menggunakan air sejuk.

Tegangkan Kulit Muka

4. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis merupakan salah satu bahan semulajadi yang paling bagus untuk menyokong pembentukan kolegan sehingga kulit mukapun kembali anjal.

Ambil 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis, dan tambahkan sedikit gula dan garam. Campurkan kesemua bahan, dan gosoklah ke muka dan juga bahagian leher dengan lembut dan perlahan-lahan.

Setelah itu, biarkan selama 15 minit sebelum dibasuh dengan menggunakan air panas suam.



5. MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menengangkan kulit muka yang mulai kendur. Kadar vitamin A, E dan sifat antioksidan di dalam minyak zaitun sangat tinggi dan sangat bagus digunakan sebagai pelembab dan anti aging.

Panaskan seketika minyak zaitun. Kemudian sapukan ke muka dan leher. Berikan urutan ringan dan lembut menggunakan hujung jari dengan membentuk gerakan yang melingkar.

Lakukan urutan tersebut selama 10 minit setiapkali pada setiap hari sebelum masuk tidur.


6. BUAH BETIK
Betik mengandungi antioksidan dan zat papain yang mampu menanggalkan sel kulit mati sehingga menjdikan kulit muka lebih tegang ataupun anjal.

Haluskan atau blender buah betik masak secukupnya. Kemudian campurkan sedikit dengan perahan lemon atau limau nipis.

Apabila bahan tersebut sudah menyerupai krim, sapukan secara merata ke seluruh muka.Biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah dengan air suam sehingga bersih.
Lakukan petua ini sekerap mungkin, paling kurang tiga kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

Itulah beberapa petua tegangkan kulit muka secara semulajadi yang boleh kita praktikan. Semoga masalah kulit muka kendur ataupun garis-garis halus ini segera menghilang. Insya-Allah.

Sampai jumpa lagi di catatan akan datang. Jaga diri!

Lurve,
Sis Anie Mohamed