Majlis Penghargaan Milo


BARU-BARU INI SIS BERKESEMPATAN UNTUK TURUT SERTA MENGHADIRI MAJLIS PENGHARGAAN MILO KEPADA BEBERAPA ATLET NEGARA ATAS KECEMERLANGAN DAN SEMANGAT KESUKANAN DALAM MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DALAM SUKAN SEA 2017 YANG KE-29 dan SUKAN PARA ASEAN YANG KE-9.

Majlis Penghargaan Milo

Di majlis penghargaan tersebut, MILO telah memberikan pengiktirafan kejayaan kepada beberapa atlet negara yang dilahirkan melalui Program Majlis Sukan Sekolah-SekolahMalaysia (MSSM). Mereka terdiri daripada pemain hoki padang negara, Joel Van Huizen; ratu pecut, Felicia Mikat; pemain skuasy negara, Ng Eain Yow; atlet karate negara, Syakilla Salni; pemain bola keranjang kebangsaan, Nur Izzati Yaakob; perenang negara, Welson Sim; penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan pelompat jauh negara, Abdul Latif Romly.

Pada majlis tersebut, Pn. Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia turut memberitahu bahawa sejak lebih enam dekad lalu, MILO telah merintis kecemerlangan dan perkembangan arena sukan Malaysia.

“Kami bangga dapat menjadi sebahagian daripada pencapaian generasi baharu atlet
Malaysia yang mewakili negara di persada dunia. Kegigihan dan dedikasi para atlet kita dapat menjadi contoh dan inspirasi terbaik kepada semua orang agar terus mengejar impian masing-masing,” ujar beliau.


Bagi MILO, sukan memainkan peranan sebagai pendidik untuk membentuk karakter dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak demi masa depan yang lebih baik. Di samping itu, sukan juga membantu mematangkan mereka agar terus berusaha untuk mengecapi
kecemerlangan berterusan.

Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow turut berkongsi pengalaman berharga yang dikutip sepanjang kerjaya sukannya. Menurutnya, disiplin,
semangat berpasukan dan usaha tanpa mengenal erti putus asa merupakan kunci kerjayaan.

Bagi Eain Yow, nilai-nilai tersebut bukan sahaja mendorongnya agar menjadi atlet yang lebih baik tetapi
juga memberi perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupannya.

Turut sependapat dengan Eain Yow adalah bekas ratu boling negara, Shazlin Zulkifli. Menurut Shazlin,
 nilai-nilai murni yang diperoleh daripada sukan telah membantu mematangkan dirinya dalam menghadapi cabaran kehidupan harian.

Majlis Penghargaan Milo

Sementara itu, bekas guru dan jurulatih bola keranjang negara, Sim Sin Heng pula merasakan kanak-kanak yang aktif bersukan juga memiliki daya motivasi yang lebih tinggi. Golongan kanak-kanak ini lebih mudah berinteraksi dengan rakan sebaya dan akan menjadi individu yang lebih
cekap.

Pengalaman seperti ini tidak boleh diterap melalui buku dan hanya boleh diperoleh melalui pelbagai aktiviti fizikal luar.
“Kami amat yakin sukan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan anak
anda. Selain memanfaatkan kesihatan tubuh, sukan juga membantu anak anda mempelajari nilai-nilai
positif kehidupan seperti kegigihan, semangat berpasukan dan dedikasi agar mereka terus
maju dalam dunia yang berdaya saing,” tambahnya lagi.

Sejajar dengan komitmen untuk membangunkan bakat-bakat sukan negara, MILO telah memperkenalkan MILO Champions Clinic sejak  tahun 2015.

Program yang berlangsung selama lapan minggu itu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berlatih di bawah satu panel jurulatih bertauliah bagi meneroka dan mengesan minat serta bakat sukan masing-masing. Setakat ini inisiatif MILO Champions Clinic telah berjaya memanfaatkan seramai 2,600 kanak-kanak
dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka agar lebih aktif bersukan.

Selain itu, MILO turut memanfaatkan dari inovasi teknologi dengan menyalurkan maklumat berguna kepada kanak-kanak dan mendorong mereka agar lebih aktif bersukan.

Majlis Penghargaan Milo


Terkini, MILO telah memperkenalkan MILO Champions Band – gelang kesihatan untuk kecergasan tubuh kanak-kanak ini boleh dikendalikan menerusi aplikasi mudah alih bagi memudahkan ibu bapa memantau kadar nutrisi dan aktiviti anak-anak.

MILO akan terus komited dalam usaha membina generasi muda Malaysia menerusi pelbagai inisiatif dengan matlamat untuk membentuk mereka menjadi tunggak harapan bangsa dan negara.

Jika korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang inisiatif MILO dalam aspek pembangunan sukan, boleh layari www.milo.com.my.

Majlis Penghargaan Milo
Di majlis tersebut Sis sempat berswafoto dengan bekas Ratu Boling Negara, Shazlin Zulkifli.















Ok, sekian sahaja catatan Sis kali ini. Jumpa lagi ya.

Lurve, 
Sis Anie Mohamed