Safi Rania Gold Beetox

MANA ADA WANITA YANG TAK NAK MEMILIKI KULIT YANG MULUS, HALUS,CERAH DAN BEBAS PIGMENTASI. APATAH LAGI, APABILA USIA SEMAKIN MENINGKAT!

Nampak sahaja tanda-tanda penuaan seperti munculnya garis-garis halus pada muka,pori-pori membesar, kulit kusam dan pigmentasi memang dah rasa tak selesa. Silap-silap keyakinan diri kita pun mula menurun. Jadi, bila dah nampak sahaja tanda-tanda tu inilah saat-saat penting untuk kita merawat kulit untuk mencegahnya.

Safi Rania Gold Beetox

Mungkin sebab itulah Safi Rania Gold- rangkaian penjagaan muka Halal nombor satu di Malaysia tampil membawakan solusi anti penuaan dengan sentuhan emas Teknologi Beetox.

Safi Rania Gold Beetox


Mengambil inspirasi daripada gabungan kecanggihan teknologi dan keajaiban alam semula jadi, Safi Rania Gold berbangga untuk memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX. Nano Gold 24K bersulamkan amino peptide memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda.

Safi Rania Gold Beetox
Sis tengah cuba pakai dua produk ni.Lepas pakai muka rasa lebih segar dan ajal serta tak melekit!
Teknologi Beetox yang dicipta merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ianya bukan sahaja berkesan untuk menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya- tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semulajadi.
Sis dan blogger Kolin Zainal dah mula jatuh cinta dengan produk Safi Rania Gold Beetox ni. Kami sedang cuba, korang bila lagi? 
BERIKUT ADALAH ANTARA KEBAIKAN APABILA KITA MEMAKAI ELIKSIR KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD:

1.   Bee-Tox menghasilkan kulit yang tegang dengan segera seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperkuat dengan Propolis dan Nano Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit wajah, dan mengembalikan keanjalan kulit.

2.    Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah, Vitamin C, dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkatkan seri pada wajah.

3.    Serum dwi-aksi yang diadun dengan pati minyak berkhasiat yang seimbang dan aqua phase yang menyegarkan agar kulit terasa licin dan lembut sehalus sutera selepas disapu.

4.    Formulasi penyerapan yang pantas dan tidak melekit memberikan pengalaman yang menyenangkan tanpa rasa tidak selesa pada kulit.

 
Safi Rania Gold Beetox
Sis pun nak jugak kekal cantik macam Rita Rudaini, bekas Dewi Remaja yang juga pelakon popular nih.
Mendengar kehebatan serta kebaikan apabila menggunakan Safi Rania Gold dengan teknologi Beetox ini, Sis pun teruja untuk turut sama menggunakannya. Mudah-mudahan tanda-tanda penuaan dan juga pigmentasi yang terdapat di muka Sis ini dapat disamarkan.

Insya-Allah, harap-harap juga produk Safi Rania Gold ini serasi dengan kulit muka Sis… hehehe…

Okaylah… sekian dulu. Tataaaaa!!



Lurve,
Sis Anie Mohamed