Atmosphere Drive™

NAMPAKNYA LEPAS NI KITA BOLEH BERNAFAS LEBIH SIHAT DAN SEGAR DI DALAM KERETA DENGAN ADANYA ATMOSPHERE DRIVE™ DARIPADA AMWAY INI.

Baru-baru Sis turut hadir ke majlis pelancaran Atmosphere Drive™. Di mana pada hari tersebut AMWAY telah  memperkenalkan Atmosphere Drive™, sebuah sistem rawatan udara yang direka untuk membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan.

Kalau korang nak tahu juga, Atmosphere Drive™ merupakan sistem rawatan udara kereta yang pertama oleh AMWAY iaitu pengeluar Sistem Rawatan Udara Atmosphere™, jenama nombor satu dunia bagi sistem rawatan udara untuk kediaman. 

Atmosphere Drive™

Atmosphere Drive™
Bill Luke, Pengarah Pembangunan dan Sokongan Produk Berdaya Tahan AMWAY,  Mike Duong, Pengarah Urusan AMWAY Malaysia and Leong Kok Fong, Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia sewaktu pelancaran ATMOSPHERE DRIVE™.    
Menurut kata, Pengarah  Pembangunan dan Sokongan Produk Berdaya Tahan AMWAY, Bill Luke, sistem Atmosphere Drive™ ini menggunapakai teknologi penurasan jenama Atmosphere™ yang telah terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada pengguna di dalam kenderaan mereka – di mana pencemaran udara di dalam kereta boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar sana.

Atmosphere Drive™

“Penggunaan penuras tiga dalam satu yang unik, ia mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99% zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan,” jelasnya lagi.
Teknologi penurasan tiga dalam satu ini, pertama sekali bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rambut dan debu.

Atmosphere Drive™

Kemudian, di peringkat kedua zarah zarah kecil dan asap akan disingkirkan. Proses ini berupaya menyingkirkan zarah-zarah halus PM2.5 dan kontaminan bawaan udara utama yang lain. Selain itu, penurasan tiga dalam satu ini turut membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kenderaan anda.

“Penuras tiga dalam satu Sistem ATMOSPHERE DRIVE™ bukan sahaja mampu mengurangkan kesan asap rokok dan ekzos, malah bahan pencemar kimia seperti formaldehid, toluena dan sebatian organik mudah meruap (VOC),” tegas Luke.

Atmosphere Drive™


Produk yang mendapat pengiktirafan seperti Sistem Rawatan Udara Atmosphere™, telah melalui ujian saintifik yang dijalankan oleh makmal bebas mengikut protokol-protokol yang telah ditetapkan oleh pakar alahan ternama.

Atmosphere Drive™

“Sistem Atmosphere Drive™ memberikan ketenangan minda kepada pengguna, apabila mereka mengetahui bahawa keluarga mereka menghirup udara yang bersih ketika berada di dalam kenderaan mereka.” Itulah yang diperkatakan oleh Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong.
 
Atmosphere Drive™
Bila baca kat katalog Atmosphere Drive™ Car Air Treatment System ini, lagilah Sis rasa teruja nak memiliknya.Waaahh.... semangat!
Sebenarnya Sis pun teruja nak ‘menyambar’ Atmosphere Drive™ ni, nak jugak tahu sejauhmana kehebatan dan kebaikan apabila kita menggunakannya. Betul-betul ke ianya dapat memurnikan serta mengubah udara yang kita sedut di dalam kenderaan yang selama ini dikatakan kurang selamat dan bersih.

Sebelum ini Sis memang dah try guna Penapis Udara Atmosphere daripada Amway kat rumah. Tak dinafikan, memang bagus.Udara di dalam rumah jadi lebih bersih dan anak-anak pun jarang kena selesema dan alergi.

Insya-Allah ada rezeki memang nak ada satu Atmosphere Drive™. Benda ni satu keperluan penting jugak, untuk kesihatan badan dalam jangka panjang.Lagi-lagi time menempuh perjalanan yang panjang, contohnya bila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan balik kampung.
 
Atmosphere Drive™
Sis rasa blogger Kolin Zainal ni pun teruja sama kot nak ada satu Atmosphere Drive™dalam kereta hihhi... 
Lagipun ianya bukan sekadar membersihkan udara di sekitar kita sepanjang berada dalam kenderaan, tetapi juga membersihkan debu dan bau yang ada.Bau makanan ker… bau badan ke… bau kentut ke.. Hahaaa… haha.. mana tau kot-kot boleh hilang semua bau!

Okaylah, kalau korang berhasrat nak miliki Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere Drive™ boleh dapatkannya di  Pemilik Perniagaan AMWAY dan di seluruh negara bermula 15 November 2017 dengan harga RM1,887.50 termasuk 6% GST.

Atmosphere Drive™

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh juga klik kat https://www.amway.my/ atau hubungi AMWAY Malaysia di talian +603-7946-2800

Sampai jumpa lagi ya.

Lurve,
Sis Anie Mohamed