Halal Food Festival

BAGI KORANG YANG SUKA MAKAN ATAU PENCINTA MAKANAN, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK DATANG KE THAILAND HALAL FOOD FESTIVAL (MATHAF) YANG KINI SEDANG BERLANGSUNG DI THE STRAND MALL, KOTA DAMANSARA.

Sebenarnya Sis pun tak tahu yang MATHAF sedang berlangsung selama 13 hari, bermula 6 hingga 18 Oktober, 2017 di The Strand Mall, Kota Damansara ini. Ianya mula dibuka sekitar jam 10 pagi sehingga 10 malam. Sis tahu tarikh dan masa beroperasi tu pun bila Sis tanya peniaga-peniaga di situ, sebab tak ada pun kain rentang yang mempamerkan bila MATHAF di sini bermula dan juga berakhir.

Halal Food Festival
Nampak tak sesak, kan.... 
Jadi, mungkin disebabkan kurangnya promosi, situasi MATHAF di sini apa yang Sis perhatikan selama beberapa jam berada di situ, tidaklah sesesak mana!Tak tahulah Sis kot-kot hari lain atau pada sebelah malamnya, orang yang datang berduyun-duyun. Heeheheh.... 

Halal Food Festival

Dulu masa bulan Mac, 2017 MATHAF yang dibuat kat Shah Alam, kat Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Sis tak berkesempatan untuk pergi. Lagipun, agak sesak dan itulah yang membantutkan keinganan Sis untuk turut sama memeriahkan Malaysia Thailand Halal Food Festival ini.
Halal Food Festival

Tapi, inilah yang dinamakan rezeki datang tanpa diundang.Tujuan asal Sis ke sini sebab ada assignment. Sementara menantikan majlis tersebut berlangsung, Sis pun ronda-rondalah di sekitar kawasan ni. Sekali ternampak ada MATHAF ni, apalagi… terbeliak ler biji mata Sis ni bila tengok pelbagai jenis makanan popular di negeri Thailand ini.

Halal Food Festival

Semuanya buat Sis terliur, nak beli. Sebab nampak sangat sedap. Huhuu.. nafsu! Nafsu! Hhaha… padahal, Sis bukan mampu nak makan banyak-banyak pun. Hahha…
Halal Food Festival

Halal Food Festival

Halal Food Festival


Kalau korang suka makan Somtam, Kerabu Maggee, Nasi Pulut Ayam, Nasi Pulut Mango, Nasi Pulut Durian, Aiskrim Gulung dan lain-lain lagi, memang kena datang ke MATHAF ini.

Halal Food Festival

Halal Food Festival

Halal Food Festival

InsyaAllah kalau berkesempatan Sis pun nak datang ke sini lagi. Bukan apa, selain makanan-makanannya yang sedap, suasana yang tak sesak tu buat Sis rasa relaks. Sis dapat menghayati keenakan makanan itu dengan tenang serta penuh nikmat. Hahaha… gitewww….

Halal Food Festival
Bila jamah aiskrim ni, terkenang pula dengan rasa aiskrim di Sangkaya :)p

Halal Food Festival
Murtabak ini Sis suka! Sedapppppp!
Jadi, datang sebelum orang keluar lunch, ataupun selepas orang habis lunch, itulah masa yang Sis rasa paling baik!Bagi yang bekerja tu, kenalah ambik cuti ye.. hehehe... 

Halal Food Festival
Datang sekali, nak datang lagi!
Okaylah, Sis berhenti bercerita di sini dulu ya. Sampai jumpa lagi.Moga-moga ada rezeki untuk datang ke Malaysia Thailand Halal Food Festival ini lagi.Tataaaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed