BARU-BARU INI JASMINE  FOOD  CORPORATION DAN TEFAL TELAH BERGANDING BAHU BAGI MELANCARKAN “HARI BERAS”. ACARA SULUNG ITU YANG BERLANGSUNG DI PUSAT MEMBELI BELAH ONE UTAMA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH PENGERUSI JASMINE FOOD CORPORATION, ABDUL KARIM MD LASSIM.

Sis pun tak ketinggalan untuk turut sama meraikan hari yang bersejarah itu. Bukan apa, acara tersebut julung kali diadakan dan beras telah diberikan hari keraiannya yang tersendiri. Wahhh, hebat, kan…




Kedua-dua syarikat ini berhasrat untuk menganjurkan lagi majlis “Hari Beras” ini sebagai acara tahunan. Nak tahu sebab apa?

Kata mereka, ianya bukan sahaja untuk meraikan makanan rugi negara kita. Malahan mahu mendidik kebaikan memakan nasi, sekaligus memperbetulkan tanggapan yang salah bahawa beras adalah penyebab utama kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes.

Apa yang menarik pada hari berkenaan, Jasmine Food Corporation akan memperkenalkan rangkaian produk beras berkhasiatnya yang turut disokong oleh Tefal, selaku pembuat peralatan memasak terkemuka dunia.


“Beras adalah makanan yang dijamah rakyat Malaysia setiap hari dan ketika kita sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara yang sihat, kita seharusnya belajar mengenai makanan telah diambil,” jelas Pengerusi Jasmine Food Corporation, Abdul Karim MD Lassim.

Sebagai makanan ruji kebangsaan, beras sentiasa menjadi antara hidangan yang popular dan digemari rakyat Malaysia, misalnya nasi lemak, nasi kerabu, nasi kandar dan banyak lagi pilihan yang lain. Kebanyakan orang tempatan lazim memakan nasi  kerana ia merupakan sumber utama karbohidrat dan tenaga.

Tetapi ramai  di antara kita yang percaya bahawa pengambilan beras boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, Jasmine dan Tefal berusaha untuk menjelaskan kepada orang ramai yang nasi tetap boleh menjadi pilihan yang sihat.


Dengan memilih beras yang indeks glisemik rendah, orang ramai boleh menikmati beras tanpa perlu bimbang akan kesan negatif kepada kesihatan mereka.

“Matlamat Jasmine Food Corporation dan Tefal bekerjasama mengadakan “Hari Beras” adalah untuk mengikis persepsi orang ramai yang beras ialah penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit, yang langsung tidak dibuktikan secara saintifik.

Selain itu, acara ini juga bertujuan memperkenalkan pelbagai produk beras yang dipasarkan Jasmine di negara ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, En. Lim Swee Keat.


Kajian saintifik telah membuktikan bahawa beras bukanlah punca penyakit kardiovaskular seperti diabetes.

“Sebagai peneraju dalam pembuatan peralatan dapur dan memasak, kami mahu terus melibatkan diri dalam penyediaan hidangan ikonik tempatan dan berkhasiat untuk orang yang tersayang,” terang Jack Wong, Pengurus Negara GROUPE SEB Malaysia.

“Kami berazam untuk memperbetulkan salah tanggapan terhadap nasi sebagai punca masalah kesihatan melalui teknologi memasak kami yang sihat, moden dan praktikal,” terang beliau lagi.

Pada majlis tersebut, Ketua Eksekutif Jurumasak Sekolah Kulinari Kolej Universiti KDU, Chef Fami Taufeq dan Chef Ili Sulaiman, yang merupakan juara Food Hero 2016, turut bergabung tenaga untuk memasakkan beberapa hidangan nasi kegemaran mereka.

Demontrasi  memasak oleh Chef Ili Sulaiman
Demontrasi  memasak oleh Chef Fami Taufeq






Di samping itu, Kolej Universiti KDU, juga telah mengilhamkan satu resepi istimewa yang dinamakan “Nasi Lemak Malaysia” bersempena acara tersebut.

“Hari Beras” ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Padiberas Nasional Berhad. Acara selama seminggu ini akan berlangsung dari 9 hingga 15 Oktober dengan jadual aktiviti padat menanti orang ramai untuk berhibur bersama ahli keluarga masing-masing.

Kalau ada kelapangan tu, pergilah sebab turut diadakan  pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan Institut Jantung Negara selain menghadiri ceramah-ceramah kesihatan kendalian pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan bertauliah.

Selain itu, ada banyak lagi acara menarik. Antaranya bengkel memasak, demonstrasi, pemberian percuma sampel beras Jasmine, cabutan bertuah oleh Tefal dan pertunjukkan menggiling padi pun ada bagi memeriahkan sambutan "Hari Beras".


Okay, sekian dulu. Jumpa lagi.
Lurve,Sis Anie Mohamed

Pada majlis pelancaran Hari Beras, Sis sempat merakamkan kenangan bersama Chef Ili.