Natasya Riverside Gopeng
BARU-BARU INI SIS TELAH MENDAPAT UNDANGAN UNTUK TURUT SAMA MEMERIAHKAN PROGRAM BERSAMA MEDIA DI NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG.



Natasya Riverside Gopeng

Program tersebut dianjurkan oleh usahawan terkenal dan juga pemilik Perwanza Properties & Trading Sdn. Bhd, Dato’ Suhaimy bersama founder Natasya Skincare, Datin Muniroh yang mana keduanya merupakan pemilik Natasya Riverside Resort Gopeng.
 
Natasya Riverside Gopeng
Tengok tu... buah durian. Lebat giler kan....
Pertama kali menjejakkan kaki ke Natasya Riverside Resort Gopeng ini, hati mula tertawan. Suasana persekitarannya sangat tenang. Ternyata resort yang dibina dalam suasana desa, dusun durian ini memiliki sejuta pesona dan keindahan yang tidak akan kita temui di kota metropolitan.
 
Natasya Riverside Gopeng
Masing-masing dah tak sabar nak memulakan cabaran xtvt water rafting
Natasya Riverside Gopeng

Saat datang ke sini, kita bukan hanya menikmati alam yang indah tetapi juga banyak aktiviti sihat dan juga lasak yang boleh kita sertai.

Natasya Riverside Resort Gopeng ini sangat unik, bukan sahaja sesuai buat grup traveler. Bahkan bagi yang ingin mengadakan hari keluarga dan juga aktiviti syarikat seperti brainstorming, team building, mahupun company trip.

Resort ini dipenuhi dengan pepohon hijau, terutama pokok durian.Setakat ini penginapan di dalam kabin atau kontena ini (19 kabin) mampu memuatkan 70 orang, yang mana setiap satu kabin mempunyai tiga buah katil bujang dan satu bilik air.

Natasya Riverside Gopeng

Selesa sangat! Sis suka! 
Insya-Allah, sebelum 25 Disember 2017 akan datang,8 unit kabin dua tingkat dijangka siap sepenuhnya. Jadi,boleh memuatkan120 orang pengunjung.

Selain chalet kabin, terdapat 5 unit rumah kayu, yang mana salah satunya adalah bilik eksekutif. Sangat-sangat selesa, sama ada kita pilih untuk tinggal di rumah kayu ataupun dalam chalet kabin. Tapi, kalau tanya atau suruh Sis buat pilihan, tentulah Sis pilih untuk stay dalam kabin. Wah… gitew!

THINGS TO DO:
Selain tempat menginap yang selesa, menikmati makanan ala kampung yang sedap, apa lagi yang best bila kita memilih untuk ke Natasya Riverside Resort Gopeng ni?

Haa… serius tak boring sebab kita boleh sertai pelbagai macam aktiviti yang sangat menarik dengan harga pakej yang berpatutan. Sis malas nak bercerita banyak-banyak, so korang tengoklah ya antara pakej yang terdapat di Natasya Riverside Resort Gopeng nih.Teruja, kan…

Natasya Riverside Gopeng


Natasya Riverside Gopeng

Natasya Riverside Gopeng


Natasya Riverside Gopeng


Pada hari tersebut, selain dibawa melawat keindahan di sekitar Natasya Riverside Resort ini, Sis bersama kawan-kawan media dan blogger turut diberikan peluang untuk menyertai aktiviti lasak water rafting.
Natasya Riverside Gopeng

Sayang seribu kali sayang, sebab Sis tak dapat joint atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Rugi-rugi…. Apapun, kalau ada peluang dan kesempatan lagi untuk berkunjung dan merasai pengalaman bermalam di Natasya Riverside Resort ini sudah pasti Sis tak akan lepaskan peluang menarik tersebut.

Memandangkan hari sudah lewat petang, misi untuk menjelajah Gua Tempurung, gua batu kapur dan mamar yang tercantik dan terbesar di negeri Perak ini terpaksa dilupakan.

Begitu juga dengan aktiviti menunggang kuda.Kebetulan hari sudah lewat petang, mood kuda yang diberi nama Blacky tidak begitu baik memandangkan masa tersebut adalah waktu rehatnya.
 
Natasya Riverside Gopeng
Apa nak buat... Si Blacky, bad mood, tak de siapa boleh kacau time rehatnya... Heehhehe.... 
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, jadi kami semua pun pasrah.  Heehe… hee.. heheh…
 
Natasya Riverside Gopeng
Bersama Blogger Mek Onie dan Uzu
Natasya Riverside Gopeng
Kawan seperjuangan dulu-dulu, Cael dan Wan.
Natasya Riverside Gopeng
Kenangan manis di bulan Oktober

Natasya Riverside Gopeng
Terima kasih Natasya Riverside Resort Gopeng, semoga kita dapat bertemu kembali!
Apapun kenangan seharian di Natasya Riverside Resort Gopeng, Perak ini tetap meninggalkan memori manis Sis dan kawan-kawan yang lain. Terima kasih Natasya Riverside Resort kerana sudi menjemput kami. Kalau sudi, jemputlah kami lagi. Lebih-lebih lagi kalau dah tiba musim durian tu! Hahhaa.. hahaha…

Okaylah sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut  termasuk pakej dan harga yang ditawarkan boleh melayari FB Natasya RiversideResort.

Sampai Jumpa Lagi. Sebelum berpisah, layan dulu video kenangan Sis di Natasya Riverside Resort.
Tatata….

Lurve,

Sis Anie Mohamed