BUAT KORANG YANG ADA BABY ATAU BAKAL MENIMANG CAHAYA MATA, MEMANG BERUNTUNG. LEBIH-LEBIH LAGI KALAU KORANG MEMANG PLAN NAK BELI ATAU TENGAH CARI-CARI  BABY CARRIER YANG SESUAI. CUBALAH RISIK-RISIK OMNI 360 BY ERGOBABY. MANA TAU BERKENAN!

Omni 360 by Ergobaby

Sis pun teruja tengok Omni 360 by Ergobaby versi baru ini. Kalaulah Dea Marissa masih kecil lagi, mahu Sis sambar satu! Hahhaha… hahhaa…
Omni 360 by Ergobaby
Macam real kan Sis gendong baby 'tipu-tipu' ni. Hahhaa...
Apapun, bila kita nak beli baby carrier ni kita memang kena kaji,kena pilih yang betul-betul sesuai dengan saiz serta usia baby kita. Bukan apa  demi keselesaan baby dan juga kita yang menggendongnya.Janganlah main pakai beli sahaja.

Paling penting, kita nak baby kita tu sentiasa berasa selesa walaupun dalam tempoh yang lama berada di dalam gendongan tersebut. Lagi satu, pastikan juga baby carrier yang kita pilih dan beli tu tak akan buat kita sakit-sakit badan sewatu menggendong baby.

Omni 360 by Ergobaby

Sis tertarik dengan Omni 360 daripada Ergobaby sebab ianya sangat fleksibal.Shoulder padnya juga tebal dan sangat empuk sehingga membuatkan kita yang menggendong baby berasa selesa dan tidak sakit belakang.

Bagi Sis, Omni 360 daripada Ergobaby memang mudahkan mama-mama semua untuk melakukan pelbagai aktiviti ataupun kerja-kerja rumah tanpa perlu berasa risau sebab baby sentiasa berada dekat dengan kita. Lagipun menggendong baby ni macam satu terapi yang cukup menyenangkan. Lepas ni makin mudahlah mama-mama nak buat kerja, tak ada alasan lagi sekalipun nak bersenam! Belum lagi bab bersiar-siar, bershopping, bercuti dan sebagainya. Bak kata, dengan Omni 360 by Ergobaby ni, "I can do anything" lah! Hahhaa... 

Omni 360 by Ergobaby

Apa yang best lagi, Omni 360 daripada Ergobaby ini boleh digunakan untuk menggendong baby kita dalam empat posisi yang sesuai dengan keinginan kita iaitu, menggendong baby menghadap ke depan, menggendong baby dengan menghadap mukanya ke dada kita, menggendongnya ke sisi sama ada sebelah kanan ataupun kiri kita ataupun menggendongnya di belakang.

Omni 360 by Ergobaby

Ianya  juga sesuai buat baby yang baru lahir sehingga umur dua tahun, berat yang disarankan sehingga 20 kg sahjaa.Harga yang ditawarkan RM949.00.



Kalau rasa-rasa berkenan tu, boleh jer beli di Butik Happikiddo atau layari www.ergobaby.com tak pun di www.bloomandgrowasia.com 
You can do anything! #IMYERGO


Ok sampai jumpa lagi ya di catatan yang akan datang.Sebelum berpisah, layan dulu video testimoni Sis mencuba Omni 360 by Ergobaby yang cukup selesa itu!

Lurve,
Sis Anie Mohamed