Sos Tiram Kimball

MASAKAN KITA PASTI LEBIH ‘TERANGKAT’ DENGAN PENAMBAHAN RASA SOS TIRAM KIMBALL. SOS TIRAM MERUPAKAN SALAH SATU BAHAN ATAU PENAMBAH RASA DALAM MASAKAN YANG CUKUP DIGEMARI  RAMAI, TERMASUKLAH SIS.


Lagipun sos tiram adalah perisa utama dalam masakan Asia dan digunakan dalam kebanyakan masakan sayur goreng; sebagai penambah perisa mi atau nasi; menaikan rasa makanan laut, ayam, daging serta menambahkan perisa sos pencicah. Dalam waktu di mana semakin ramai tukang masak yang mula menyedari mengenainya, sos versatil dan enak ini telah mula digunakan dalam sajian Barat termasuklah pai, kaserol dan kuah.

Korang patut tahu, Kimball ni merupakan jenama penyelesaian kulinari yang mempunyai warisan lebih 40 tahun menyedari bahawa orang Malaysia sentiasa mencari resipi yang lazat lagi jimat yang boleh dimasak di rumah. 

Baru-baru ini jenama ini telah melancarkan kempen ‘Kimball Satu  Sudu Je’ yang mengetengahkan keunikan Sos Berperisa Tiram Kimball.

Sos Tiram Kimball


Selaras dengan Kempen “Kimball Satu Sudu Je”, Kimball telah mencipta satu siri resipi yang hanya memerlukan satu sudu makan Sos Berperisa Tiram Kimball untuk menghasilkan pelbagai masakan harian yang lazat lagi jimat. 

Siri resipi bijak Kimball ini hanya memerlukan tiga langkah yang mudah untuk disempurnakan di rumah, baik oleh mereka yang banyak berpengalaman di dapur mahupun mereka yang baru berjinak dengan memasak.

Sos Tiram Kimball

Sos Berperisa Tiram Kimball dikatakan mengandungi lebih banyak kebaikan tiram berkualiti terpilih yang kaya dengan perisa. Ia dirumuskan tanpa menggunakan pengawet, yang juga mempunyai keseimbangan rasa savuri dan kemanisan yang mampu meningkatkan masakan anda ke tahap kelazatan yang lebih tinggi.

Sos Tiram Kimball
Sejak mencuba Sos Berperisa Tiram daripada Kimball ni, Sis makin jatuh cinta! Dengan Satu Sudu Je, masakan Sis jadi lebih enak!
Selain daripada menambah dimensi baru dan kesan terhadap rasa, Sos Berperisa Tiram Kimball ini mampu memperhebatkan masakan kita dengan memperkayakan warna dan kepelbagaian rasanya.

BERIKUT 3 RESEPI DARIPADA KIMBALL, YANG MENGGUNAKAN SOS TIRAM KIMBALL UNTUK HIDANGAN 4 HINGGA 5 ORANG, DAN BAJET UNTUK MENYEDIAKANNYA TIDAK MELEBIHI RM12.

Sos Tiram Kimball


RESEPI DAGING GORENG KIMBAL DENGAN SOS TIRAM KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:
200 g daging lembut, dihiris halus
3 sudu besar minyak
2 cm halia, dihiris halus
3 labu bawang putih, dilenyek

UNTUK SAYUR-SAYURAN:
1 – 2 biji cili merah, dihiris kasar                       
1 biji bawang merah bersaiz sederhana dipotong besar
½ biji lobak merah dihiris halus
¾ cawan sayur campur, dipotong sederhana*
2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4 cm
* Lada benggala merah atau hijau, brokoli atau kobis bunga

UNTUK PERAPAN:
1 sudu besar gula
½ sudu besar  garam
½ sudu besar lada putih
1 sudu besar sos karamel pekat
2 sudu besar  tepung jagung

UNTUK SOS:
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball dicampur dengan 75 ml air 

CARA MENYEDIAKANNYA:

1.Gaulkan hirisan daging dengan perapan dan biarkan selama 10 minit.

2.Panaskan 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali yang diletakkan di atas api kuat dan tumis halia bersama bawang putih selama 3 hingga 4 minit sehingga kekuningan.

3.Tambahkan sayuran (kecuali daun bawang) dan tumiskan sehingga keemasan di atas api kuat selama 5 – 7 minit. Alihkan sayuran dari kuali.

4.Tambah minyak dalam kuali dan tumiskan daging selama 7 – 8 minit.

5. Masukkan semula sayuran tadi dan tambahkan adunan sos. Apabila sos memekat, tambahkan daun bawang dan masakkan selama 30 saat.

6.Hidangkan bersama nasi panas.


Sos Tiram Kimball

RESEPI AYAM ‘KUNG PAO’ KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:
400 g ayang, dibuang tulang dan dihiris menjadi kiub bersaiz 2 cm
10 biji cili kering, dipotong sepajang 3 cm
3 sudu besar minyak
2 cm halia dihiris halus
3 labu bawang putih, dilenyek
100 g kacang yang dipanggang
2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4 cm
1 biji bawang merah bersaiz sederhana dipotong besar


UNTUK PERAPAN:
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
1 sudu besar gula
½ sudu besar  garam
½ sudu besar lada putih
1 sudu besar sos karamel pekat
2 sudu besar  tepung jagung

CARA MENYEDIAKANNYA:

1.Gaulkan cebisan ayam dengan perapan sehingga rata dan biarkan selama 10 minit.

2.Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana dan tumis cili selama 2 minit kemudian ketepikan. Tumis bawang putih bersama halia dalam lebihan minyak sehingga keemasan.

3.Tambahkan bawang dan tumiskan selama dua minit sebelum masuk serta gaulkan perapan ayam.

4.Tumiskan menggunakan api kuat selama 8-10 minit. Tambahkan kacang, cili kering dan daun bawang. Tumiskan selalma satu minit.

5. Hidangkan dengan nasi panas.


Sos Tiram Kimball


RESEPI SUP KEPALA IKAN KIMBALL & TAUHU
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

BAHAN-BAHAN:
600 g kepala ikan, dipotong kepada cebisan sepanjang 6 cm
¼ cawan minyak
4 labu bawang putih, dipotong kasar
3 cm halia, dihiris halus
1 liter air
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
2 keping tauhu putih, dipotong kepada cebisan sebesar 5 cm
2 tomato

Untuk Hiasan:
2 tangkai daun bawang, dihiris halus
1 tangkai daun saderi, dihiris halus
3– 4 sudu besar bawang goreng


CARA MENYEDIAKANNYA:

1.Panaskan miyak di dalam kuali menggunakan api sederhana dan goring cebisan kepala ikan dalam beberapa kumpulan sehingga kekuningan dan alihkannya ke dalam pinggan supaya ia masak sendiri.

2.Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang putih serta halia sehingga keemasan.

3.Tambahkan Sos Berperisa Tiram Kimball kemudian masukkan cebisan kepala dan tumis selama 15 minit.

4.Tambahkan tauhu dan tomato dan tumiskan selama 5 minit.

5.Taburkan hiasan dan hidangkan bersama nasi panas.

Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi pilihan resepi bijak yang lazat daripada Kimball, jenguk kat http://www.kimball.com.my/  atau ke FB  Kimball  https://www.facebook.com/KimballMalaysia/

Sos Tiram Kimball

Selamat Mencuba 3 Resepi Yang Dibawakan Oleh Kimball ini. Sedap dan jimat!

Lurve,

Sis Anie Mohamed