Rambut Gugur


BAGI KORANG YANG MENGALAMI MASALAH RAMBUT GUGUR YANG KRONIK ATAU PARAH DAN SUDAH MENCUBA PELBAGAI CARA ATAU PETUA, NAMUN TAK BERJAYA UNTUK  MENGATASAINYA, TRY LAH CARA DI BAWAH INI. 




Sis yakin, ramai di antara kita yang berdepan dengan masalah rambut gugur. Paling ketara, lepas mandi... bersepah rambut di dalam bilik air.Begitu juga bila kita bersikat rambut, mahu kalau dikumpul-kumpul dekat segenggam rambut kita yang gugur.

Dulu rambut Sis pernah gugur teruk. Tapi setelah amalkan beberapa petua di bawah, masalah tersebut berjaya Sis atasi. Tapi, memang kena sabar dan mempraktikannya secara konsisten. Kalau tak, memang tak menjadilah ya!

Antara kelima-lima petua atau cara semulajadi bagi mengatasi masalah rambut gugur, Sis paling suka amalkan penggunaan masker rambut avokado dan yogurt. Tapi, paling favourite, yogurt lah (beli yang 'natural'). Nak tahu sebab apa, selain 'tepek' kat rambut, Sis suka juga 'tepek' kat muka. Hehehee... tapi untuk muka,  Sis campur dengan madu ataupun perahan air lemon.

Oklah, tak mahu cerita panjang lagi hiihi.... Terus sahaja kepada petua semulajadi kita tu.

Berikut adalah 5 cara semulajadi untuk membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

Rambut Gugur

1. BUAH AVOKADO
Buah avokado mengandungi banyak vitamin dan kaya dengan mineral yang berupaya menyuburkan rambut sekaligus menyelesaikan masalah rambut gugur ataupun rosak.
Buah avokado terbaik untuk mengatasi masalah rambut gugur dan juga berkelemumur.  Ini adalah kerana kandungan protein yang terdapat padanya sangat berkesan untuk menguatkan rambut.

Caranya mudah sahaja, korang yang perlu hancurkan buah avokado yang masak , kemudian dijadikan masker rambut.

Sapukan masker avokado tersebut dari pangkal rambut sehingga hujung rambut. Setelah itu, biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.

Rambut Gugur

2. LIDAH BUAYA
Kandungan yang terdapat dalam lidah buaya atau alovera  bukan hanya membuatkan rambut menjadi lebih sihat, tetapi juga lebih kuat.

Selain itu, ia juga mampu merangsang pertumbuhan rambut pada kulit kepala. Sebelum menerapkan cara ini, basahkan rambut korang terlebih dahulu dan biarkan sehingga separuh kering.

Setelah itu, barulah sapu lendir-lendir yang terdapat pada pada isi atau daging lidah buaya. Sapukan pada rambut dan kulit kepala, dan biarkan selama 30 minit. Lakukannya secara teratur dua atau tiga kali dalam seminggu.

Rambut Gugur

3. MADU
Madu mampu membuatkan rambut menjadi subur dan lebih kuat. Korang hanya perlu menyapu madu pada seluruh bahagian permukaan kulit kepala dan rambut sambil mengurutnya perlahan-lahan.

Lakukan urutan tersebut selama 10 minit dan pratikkannya secara rutin bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

Rambut Gugur


4. TELUR DAN AIR PERAHAN LEMON
Protein tinggi yang terdapat pada telur boleh dimanfaatkan sebagai penyelamat kepala masalah rambut gugur yang teruk atau parah.

Korang hanya perlu ambil sebiji telur, kemudian kacau di dalam sebuah mangkuk. Setelah itu, titiskan perahan air lemon ke dalam telur yang sudah dikacau tadi. Kemudian sapukan pada seluruh helaian rambut.

Rambut Gugur

5. YOGURT
Selain menggunakan telur dan air perahan lemon, korang juga boleh mengatasi masalah rambut gugur ini dengan menggunakan yogurt.

Caranya mudah jer, sapukan yogurt pada kulit kepala secara merata dan biarkan selama 15 minit. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Jika korang lakukannya secara konsisten, insyaAllah korang akan dapat melihat hasil keberkesanannya.

Rambut Gugur


Itulah beberapa cara atau petua semulajadi menangani rambut gugur yang teruk ataupun parah.Selamat mencuba petua yang Sis kongsikan ini ya. Semoga ianya bermanfaat untuk korang semua.

Lurve, 
Sis Anie Mohamed.